Meskipun setelah lebih enam tahun menunggu penderma yang bermurah hati, pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad percaya akan ada insan yang sudi membantu mendermakan buah pinggang kepadanya.
“Saya sekali lagi merayu jika ada pihak yang sudi menderma. Saya benar-benar memerlukannya ketika ini.
“Kita tahu memang susah sikit mahu mencari penderma organ, tetapi saya tetap berharap. Sebagai pesakit buah pinggang memang apa yang saya lalui sejak enam tahun lalu bukan mudah, sebab itu kalau boleh saya mahu segera sembuh,”katanya seperti yang dilaporkan Utusan Melayu.
Pemain dram senior yang kini berusia 53 tahun itu dimasukkan semula ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lalu.
Menurut Yazid, dia dimasukkan ke wad setelah doktor mendapati terdapat keracunan di bahagian jantungnya.
Atas nasihat doktor, dia tidak dapat menjalani ibadah puasa atas nasihat doktor. Selain itu, dia mungkin juga akan terus ditahan di hospital sehingga Aidilfitri.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan menerusi laman Facebook juga memaklumkan Yazit masih menunggu perderma buah pinggang.
Sumber: Malaysian Digest