Remy berkata meskipun kehidupannya sudah biasa dengan kamera apabila sudah bertahun-tahun berlakon namun sehingga kini dia masih ada perasan malu. Malah, dia sendiri juga tidak faham tentang dirinya mengenai perkara itu.
“Meh sini aku bagitahu korang 1 rahsia. Benda pelik yang aku sendiri pun tak faham pasal diri aku. Aku sebenarnya tak suka bergambar.
“Tak suka duduk depan lensa kamera. Ada rasa segan, malu. Sampai sekarang aku masih malu berdepan dengan kamera. Pelik bukan? Pelik tapi benar. Sumpah,”
– Remy Ishak
Pendedahannya itu sekaligus mengejutkan ramai peminat dan netizen, bagaimanapun rata-rata mereka tetap memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu. Namun, ada dikalangan netizen turut berdepan perkara sama apabila bergambar seorang diri.
Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan tersebut namun mereka tetap memberi kata-kata semangat kepada aktor itu.
“Pelik sangat tu tapi saya pun rasa macam tu juga kurang percaya diri kalau bergambar seorang sebab tak reti nak bergaya.
Tidak kurang juga ada yang memberikan tips untuk kurangkan rasa malu dengan menganggap apabila bergambar itu sama seperti lakonan.
“Salam. Bro sampai bila tak yakin depan kamera. Allah dah bagi kelebihan yang ada gunakan sebaiknya. Keep going ya.
“Oh sebenarnya pemalu… baru tahu. Anggap saja bila ambik gambar tu lakanon… berlakon saja,” komen beberapa pengikutnya di laman sosial.
Pada Oktober tahun lalu, Remy pernah membuat pendedahan mengenai dirinya mempunyai masalah depresi dan mengalami gangguan sihir.
Bagaimanapun, selepas dia dinasihatkan oleh kenalan dan keluarganya, Remy akhirnya bersetuju untuk melakukan rawatan daripada kaedah perubatan Islam.