in

Pelawak & Pelakon Param Meninggal Dunia

Budiey BlogPETALING JAYA: Pelakon dan pelawak veteran, Param, 55, telah meninggal dunia pada pukul 6 pagi tadi akibat sakit jantung di Hospital Kuala Lumpur. Dalam nada sayu dan sedih, kakaknya, Sarah menceritakan tentang saat-saat bagaimana Param pergi.

“Dia meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital dan waktu itu dia sesak nafas. Pengkebumiannya akan dilakukan pada Ahad ini di Jalan Gombak,” kata Sarah yang sebelum ini menjaga Param.

Pelawak Param dikebumi Ahad ini

Sarah juga terkilan kerana tidak sempat menghantar Param ke hospital setelah mendiang mengadu sesak nafas pada awal pagi tadi.

“Saya berasa sangat terkejut bila dia mengadu sakit. Kami tergesa-gesa menghantarnya ke hospital. Sebelum ini, dia dijaga oleh keluarga kami kerana dia tidak berkahwin dan hanya boleh bergerak menggunakan kerusi roda. Dia sangat kuat semangat walaupun keadaan kesihatannya tidak baik,” ujar Sarah dalam nada teresak-esak yang mengalu-alukan kedatangan tetamu untuk melawat mendiang Param sebelum dikebumikan pada Ahad ini di Jalan Gombak.

Param begitu terkenal di zaman 70an dan awal 80an dan banyak berlakon filem-filem Melayu dan drama-drama TV waktu itu. Pelawak Param pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghidap penyakit jantung koronori dan telah menjalani operasi pintasan jantung tidak lama dulu.

Nama sebenar pelakon komedi veteran yang berasal dari Negeri Sembilan ini ialah P. Paramasivam. Beliau bergiat cergas bersama pelawak komedi seangkatan dengannya seperti A.R Badul, Wazata Zain, Allahyarhamah Yusni Jaafar dan R. Jaafar. Param adalah anak bongsu dari lima beradik, yang kesemuanya perempuan. Mendiang Param memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Rakaman Lentera Aidilfitri Dato’ Siti Nurhaliza

Quotes of The Day: Keluargaku Adalah Syurga Dunia Paling Indah