Pelawak terkenal Harith Iskander, yang kini berusia 58 tahun, telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau mengambil tanggungjawab penuh atas kemelut rumah tangganya yang telah mendorong isterinya, Dr Jezamine Lim, 41 tahun, untuk memfailkan perceraian pada bulan lalu. Harith mengaku bahawa dia telah melakukan beberapa kesilapan yang menyebabkan Jezamine mengambil keputusan untuk berpisah, namun beliau tidak memperincikan secara spesifik kesalahan yang dilakukannya.
Harith menjelaskan bahawa keputusan untuk bercerai bukanlah sesuatu yang dibuat secara tergesa-gesa. Sebaliknya, proses ke arah perceraian tersebut telah dibincangkan sejak beberapa tahun yang lalu selepas pelbagai usaha untuk memperbaiki hubungan mereka tidak membuahkan hasil. “Ini bukan keputusan yang dibuat dalam masa singkat. Orang di luar sana mungkin melihat perkara ini berlaku secara tiba-tiba apabila gambar Jezamine memfailkan perceraian muncul. Sebenarnya, proses ini telah berlangsung agak lama,” kata Harith.
Dalam perbincangannya, Harith menyatakan bahawa dia hanya boleh berkongsi maklumat yang terbatas tentang situasi mereka. Dia mengakui bahawa dia telah melakukan beberapa kesilapan dan menghargai Jezamine sebagai seorang wanita yang hebat. “
Harith turut menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak menguar-uarkan masalah rumah tangga mereka adalah untuk membuktikan bahawa hubungan mereka masih belum berakhir sepenuhnya. Beliau juga menegaskan bahawa dalam tempoh ini, jalan terbaik adalah untuk dia dan Jezamine menjadi sahabat. Mereka tidak mahu perceraian ini merosakkan hubungan yang telah dibina sejak bertahun-tahun lamanya.
Harith juga memberitahu bahawa Jezamine akan mendapat hak jagaan penuh ke atas anak-anak mereka manakala dia akan mendapat hak lawatan penuh. Mereka berdua bersepakat untuk mengekalkan rutin kehidupan anak-anak seperti sediakala. Harith akan tinggal berdekatan supaya dapat terus berhubung dengan anak-anak mereka. Beliau turut menyatakan bahawa dia telah memberikan pemahaman kepada anak-anak mereka tentang apa yang sedang berlaku antara dirinya dan Jezamine. “Dalam fikiran anak-anak, mereka merasakan keluarga akan berpecah. Kami yakinkan mereka bahawa kami akan terus menyayangi mereka sama seperti sebelum ini dan tiada apa yang berubah. Alhamdulillah, sejak perbincangan itu, mereka boleh terimanya. Saya tak cakap mereka faham sepenuhnya tetapi kami yakinkan mereka bahawa pintu sentiasa terbuka untuk bertanya apa-apa saja kepada kami,” ujar Harith.
Dalam sesi temubual eksklusif bersama pengacara Daphne Iking yang disiarkan di saluran YouTube The Rakyat Post, Jezamine yang turut serta menafikan bahawa Harith ada melakukan perkara tidak baik kepadanya. Beliau menuntut orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang tidak berasas. “Itu semua khabar angin yang mengatakan dia mendera saya. Tidak langsung. Ada orang cakap dia berkasar dan mendera saya tetapi itu tidak betul sama sekali… Hentikan spekulasi. Saya dapat ratusan mesej yang bertanya adakah punca kami bercerai disebabkan Harith sudah tidak kelakar? Ada yang tanya kalau ia disebabkan pihak ketiga, soal kewangan atau apa-apa lagi,” katanya.
Pada 8 Julai lalu, Jezamine Lim mengesahkan bahawa dia telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne yang berusia 14 tahun, Alessandra Jayne yang berusia 11 tahun, dan Zydane Zayne yang berusia 9 tahun.
Sepulangnya Masdo ke tanah air, mereka sudah pun merencanakan beberapa projek untuk tahun 2025, di antaranya sebuah album penuh sempena ulang tahun penumbuhan mereka yang ke-10, yang akan disusuli dengan siri jelajah di serata Malaysia, Singapura dan Indonesia. Kata Asmawi (gitaris), “Kami berharap dengan penyertaan festival-festival antarabangsa ini dapat membuka jalan dalam membuktikan bahawa muzik Malaysia juga setara dengan negara lain, dan seterusnya menimba banyak lagi ilmu kerana misi kami adalah mencari kelebihan dan cuba menutupi kekurangan dalam setiap perjalanan bermuzik Masdo.”