Rezeki bergulir indah buat mantan juara Masterchef Malaysia musim pertama, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto atau mesra disapa sebagai Dr. Ezani, 32, apabila menyambung kontrak tahun kedua bergelar duta produk pencuci jenama terkenal, Scotch-Brite.
Tiada lain, pelantikan tersebut memberi segudang kegembiraan buat anak kelahiran Muar, Johor itu kerana tanggungjawab sebagai cef yang aktif memerlukan Ezani sentiasa menggunakan produk sabut penyental berkualiti bertujuan membersih pinggan, mangkuk, perkakas masakan dan sebagainya.
Menurut Ezani yang merupakan salah seorang bakat di bawah pengurusan SukaSucre Creatives, dia mempercayai magis produk Scotch-Brite kerana ia menjadikan gerak kerja dalam kehidupan moden ini bertukar lebih efektif, cekap dan berinovasi sama ada di rumah ataupun di dapur.
“Menariknya, produk pencuci Scotch-Brite dihasilkan dengan menekankan aspek sains dan inovasi demi memberi kepuasan buat pengguna. Lantaran itu, saya berasa teruja apabila diberikan peluang memasuki tahun kedua bagi bergelar duta kepada sebuah jenama dikenali dan dipercayai oleh rakyat Malaysia,” kata Ezani yang juga merupakan seorang doktor gigi ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian penyambungan kontrak sebagai duta Scotch-Brite di pusat beli belah 1 Utama di sini hari ini.
Pada majlis sama, anak bongsu daripada dua beradik itu turut menjalankan demonstrasi masakan selain berkongsi tip membersih dengan menggunakan produk Scotch-Brite bersama tetamu termasuk para media.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu dilihat sebagai individu paling bertepatan dalam berkongsi pengalaman di dapur sekali gus mewakili jenama produk Scotch-Brite untuk kegunaan isi rumah di negara ini di samping berfungsi bagi penjimatan wang pengguna.
Tidak ketinggalan, sempena meraikan ulang tahun ke-50 3M Malaysia, pihak mereka turut menganjurkan pameran berkonsep pengalaman pertama seumpamanya di negara ini; 3M 50 Years of Science and Innovation that Cares.
Pameran itu bertujuan menyediakan asas serta pengetahuan kepada pengguna dalam aspek sains dan inovasi selain memberikan solusi tersendiri di sebalik rangkaian produk 3M.
Sementara itu, Pengarah Urusan 3M Malaysia, Parameswaran Nair berkata, matlamat utama 3M cukup mudah; memperbaiki setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia. Keazaman dan semangat ini yang telah menyumbang kepada kejayaan pihaknya selama 50 tahun di Malaysia.
Pameran 3M 50 Years of Science and Innovation That Cares berlangsung bermula 8 hingga 12 November ini di Oval Concourse, 1 Utama yang turut menunjukkkan kaedah produk Scotch-Brite berupaya membantu membersih tiga kali lebih pantas dan tahan ekstra lama.
Jangan lupa untuk melayari laman Facebook; http://www.facebook.com/scotchbrite.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pameran ini.