Ewww… Seorang pelanggan meluahkan rasa tekejut selepas menemui sekeping topeng tutup mulut dan hidung dalam makanan yang dipesan olehnya dari sebuah kedai di China. Mr Yang, dari Shanghai telah memesan makanan secara bungkus dari sebuah restoran di jalan Jiujiang pada 20 Mac lalu.
Tambah menyedihkan, lelaki berkenaan sudah makan separuh jalan sebelum dia dan isterinya menemui face mask terbabit.
Mr Yang segera membuat aduan kepada pihak restoran dan pihak restoran memohon maaf atas kejadian terbabit lalu menawarkan ganti rugi dan juga wang tambahan. Bagaimanapun Mr. Yang telah menolak ganti rugi terbabit.
Sumber: Daily Star