in , ,

Pelanggan Pek Sukan Dapat Menonton Semua Saluran Astro Sehingga 30 April 2020

Astro dengan berbesar hati menawarkan lebih banyak pilihan sajian kandungan kepada pelanggan Pek Sukan dengan memberi akses komplimentari untuk menonton SEMUA saluran Astro*, mulai hari ini hingga 30 April 2020.

Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata,

Situasi pandemik COVID-19 yang kian menular menyebabkan banyak acara sukan di peringkat global ditunda oleh pihak penganjur.

Terdahulu, kami telah mengumumkan bahawa pelanggan setia Pek Sukan Astro akan menikmati akses untuk menonton UEFA Euro 2020 secara percuma.

Kami komited untuk berbuat demikian apabila perlawanan ini bermula pada tarikh baharu, 11 Jun hingga 11 Julai 2021.”

Lee Choong Khay
Visual Akses Percuma untuk Pelanggan Pek Sukan

Sementara dunia menghadapi situasi mencabar untuk mengekang pandemik COVID-19 dari menular dengan lebih serius, Astro terus komited untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua peminat sukan di Malaysia.

Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pembekal kandungan sukan untuk menyajikan hanya yang terbaik buat setiap pelanggan Astro.

*Untuk pelanggan Residensi sahaja, pembelian filem / acara ‘Pay Per View’ adalah terkecuali.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Grab, Dahmakan Masih Beroperasi Seperti Biasa, FoodPanda Tawar Penghantaran Tanpa Sentuh

Sebab Anda Perlu Just Stay At Home & Kekal Setia Bersama iflix