in

Pelancaran Website Hypp.TV di Laundry Bar, The Curve

Jam 3 petang tadi, di Laundry Bar, The Curve telah berlangsung pelancaran lawan web Hypp.TV yang telah diperbaharui. Dilancarkan oleh:

  1. Jeremy Kung selaku Naib Presiden Ekskutif, Pengguna, Kumpulan TM
  2. Emily Wee, Pengurus Besar Kandungan dan Media Digital, TM Net Sdn Bhd
  3. Encik Jamal Hassim, Ketua Pegawai Ekskutif, SyQic Capital selaku rakan niaga platform teknologi dan perkhidmatan kandungan Hypp TV.

Budiey turut dijemput untuk memeriahkan pelancaran pada petang tadi dengan memilih untuk memakai kostum seorang pemain bola sepak pasukan Argentina. Siap dengan bola.. huhu… sesuai dengan tema Sports yang menjadi salah satu channel dalam Hypp TV.

Budiey; duta baru Hypp TV

Apa itu Hypp.TV?

Untuk info pembaca, Hypp TV adalah TV jalur lebar yang pertama seumpamanya di Malaysia telah dilancarkan lama dulu, dan kini laman web itu diperbaharui dan diperkayakan dengan pelbagai isi kandungan menarik.

Ianya menawarkan kandungan video secara online merangkumi kandungan pelbagai genre seperti

  1. Berita & Isu Terkini,
  2. Hiburan,
  3. Sukan,
  4. Gaya Hidup
  5. Filem & Drama

Yang penting, Hypp TV yang baru ini bertujuan untuk membekalkan hiburan secara eksklusif untuk semua pengguna streamyx yang kini berjumlah 1.5 juta dan dijangka akan terus meningkat.

Berapa saluran?

Lebih daripada 30 saluran untuk dipilih antaranya, Channel News Al-Jazeera English, CCTV4 dan Bloomberg TV untuk berita, saluran sukan seperti butiran acara kemuncak Bairclays Premier League dan perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010. Saluran untuk wanita seperti Fashion TV dan Red TV, 99 Debar, saluran untuk penggemar alam mistik yang ingin mendalami dunia paranormal nusantara dan topik pantang, Zee Music dan NDTV untuk hiburan Bollywood. Siri Korea dan Kantonis popular daripada Multimedia Drama Channel dan juga WOW TV untuk berita terkini tentang dunia Hollywood. Hypp TV yang baru ini juga menyiarkan kandungan eksklusif yang pertama kali disiarkan di Malaysia seperti Luxe TV, Warner Bros, Sorority Forever dan Wedding TV.

Hanya 3 langkah mudah untuk menonton Hypp TV:

  1. Dapatkan akaun Hypp TV dengan mendaftar akaun secara percuma di bawah butang Free Sign Up
  2. Lancarkan pemain Media Hypp TV di bawah butang Watch Now
  3. Daftar masuk ke Pemain Media Hypp.TV untuk menikmati kandungan yang sedia ada.

Para pelanggan Streamyx kini boleh mula melanggani Hypp.TV yang diperbaharui dengan hanya RM9.90 sebulan untuk semua kandungan. Caj langganan bulanan akan dimasukkan ke dalam akaun Streamyx pelanggan tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hypp.TV layari www.hypp.tv atau www.tm.com.my

Budiey: Teringin sangat nak jadi duta Sony Vaio. Duk bawa Vaio ke hulur ke hilir tapi… sampai sekarang duk mengidam…! Tak pass! Huhu!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASTRO KIRANA SHORT FILM AWARDS 2008/2009

Esther Juara One In A Million Musim Ke-3?