SAMBUTAN HARI RAYA BAHAGIA UNTUK 30 WANITA MUDA KEM MODAL INSAN KEWAJA
Kuala Lumpur, 11Ogos 2011- Malam yang cukup indah untuk 30 wanita muda KEM MODAL INSAN KEWAJA apabila dihiburkan dengan pertunjukkan tiga DIVA popular Malaysia, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Suki Low. IQA (Mentor 4) dan kumpulan lelaki popular, VIP juga membuat persembahan sampingan pada malam itu. Selain daripada pertunjukkan artis, mereka juga dihiburkan dengan tarian berbilang bangsa oleh Kumpulan Tarian Swatari dan juga peluang untuk menikmati makanan lazat dengan artis-artis. Duit Raya dan cenderamata juga diberikan kepada mereka oleh Sungei Wang Plaza, Watson’s dan artis-artis. Majlis pelancaran ini diadakan selaris dengan Sambutan 1Malaysia Aidilfitri dari 10 Ogos- 4 September 2011.
KEM MODAL INSAN KEWAJA (terletak di Gombak) merupakan sebuah rumah perlindungan wanita khas yang menempatkan wanita muda yang telah dieksploitasi dan didera serta diabaikan oleh keluarga mereka akibat terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat. Objektif utama rumah perlindungan ini adalah untuk menjaga wanita-wanita muda ini yang mempunyai anak luar nikah di samping membimbing mereka ke arah yang betul di masyarakat dengan sokongan moral yang mencukupi. Wanita-wanita muda ini akan dijaga sehingga tempoh “pantang bersalin†mereka tamat di mana anak yang dilahirkan itu akan diberikan kepada keluarga anak angkat atau di sesetengah situasi, akan diberikan balik kepada ibu kandung jika mereka berkemampuan untuk menjaga anak mereka.
Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsept 1Malaysia Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri ini bersama walaupun perayaan ini adalah untuk umat Islam. Dia bertambah lagi; “ Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami telah menjemput pihak KEWAJA untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah.â€
Artis pertama yang muncul atas pentas dengan Baju Kebaya putih yang bersinar sambil membawa guitar adalah IQA (Mentor 4) dengan nyanyian lagunya; “Di Penghujungnya†dan “Suasana Hari Raya†di mana dia berduet dengan Adam AF2 diikuti oleh Suki Low yang memakai cheongsam merah jambu dengan lagu melodinya; “Terlalu Mencintaimu†dan “Selamat Hari Rayaâ€. Kumpulan Tarian Swatari kemudiannya persembahkan tarian berbilang bangsa mereka yang berjudul “1Malaysiaâ€. Para penonton meriak keseronokan dengan tarian penuh semangat mereka yang menunjukkan jiwa “Satu Bangsa, Satu Negaraâ€. Kumpulan lelaki VIP kemudiannya naik ke pentas untuk persembahkan lagu popular mereka; “Lagu Sedihâ€, “Tiga Kata†dan “Selamat Hari Raya†manakala Jaclyn Victor yang nampak sungguh menawan dengan baju kurung perangnya membuat para penonton terpesona dengan lagunya; “Jatuh Cinta†danâ€Joget Aidilfitriâ€. Puncak malam itu adalah persembahan Ziana Zain dengan lagunya; “Pawana†dan “Indahnya Di Hari Rayaâ€.
Ruzitah Bahrum atau lebih dikenali sebagai Kak Itah merupakan penjaga serta “IBU BESAR†kepada penghuni KEWAJA. Kak Itah sungguh terharu dan gembira dengan pihak pengurusan kerana menjemput KEWAJA untuk meraikan Hari Raya bersama artis-artis. “Anak-anak muda ini tidak pernah keluar dari KEM KEWAJA untuk sambutan semeriah ini kerana mereka agak malu dan tidak akan berhadapan dengan masyarakat. Tetapi persembahan artis mala mini serta pemberian Duit Raya dan cenderamata oleh pihak pengurusan kepada KEWAJA pada malam ini telah membuatkan kami sungguh gembira dan terharu†Kata Ruzitah.
Beberapa aktiviti telah disediakan untuk musim Aidilfitri ini di Sungei Wang Plaza. Antaranya termasuklah;
- Pertunjukan 1Malaysia Dance Showcase dari 12 – 14 Ogos, 19 – 21 Ogos, 26 – 28 Ogos dan 2 – 4 September pada 8.30 malam.
- Pertunjukan Fesyen 1Malaysia oleh Carven Ong dan Carven Ong Academy of Fashion pada 18 Ogos, 8.30 malam.
- Pertandingan Beragam “Little Prince & Princess 1Malaysia Children Costume Contest pada 14 Ogos, 2 petang.
- Bazar Aidilfitri yang akan berlangsung dari 12- 29 Ogos.
1Malaysia Aidilfitri ditaja oleh Watson’s. Penghargaan juga kepada Carven Academy of Fashion.