in

Pelancaran Saluran HGTV HD, Nat Geo People HD & Star Chinese Channels

Pelanggan Astro kini boleh menikmati lebih kandunga hiburan dengan pelancaran 3 buah saluran baru, HGTV HD (Saluran 731), Nat Geo People HD (Saluran 725) and Star Chinese Channel (Saluran 315) mulai 31 Ogos 2015 ini. Semua pelanggan Astro boleh menonton tayangan kedua-dua saluran HGTV HD dan Star Chinese Channel secara percuma sehingga 13 September 2015.

Group Pic 2

Astro perkenal 3 Saluran Baru: HGTV HD, Nat Geo People HD dan Star Chinese Channels dilancarkan bermula 31 Ogos 2015

Agnes Rozario, Naib Presiden, Kumpulan Pengurusan Kandungan, Astro berkata:

“Sebagai syarikat pengguna, Astro mahu terus membawakan kandungan terkini lagi segar buat 18 juta penonton yang saban hari semakin bertambah jumlahnya. Sedar akan peningkatan minat dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kediaman dan gaya hidup, kami sekali lagi gembira dapat berkerjasama dengan Scripps Networks, untuk memperkenal saluran gaya hidup dan kediaman yang cukup popular- HGTV HD untuk semua rakyat Malaysia, yang kita sedia maklum cukup mencintai kediaman mereka. HGTV merupakan saluran pertama di Astro yang didekasikan untuk kediaman dan gaya hidup di mana penonton boleh mendapatkan idea segar serta inspirasi berkenaan reka bentuk serta hiasan rumah.”

Dalam masa yang sama, kerjasama kami bersama Fox International Channel (FIC) dilihat semakin kukuh dengan pengenalan dua buah saluran ; Nat Geo People HD, menampilkan hiburan dengan fakta yang cukup menarik, memfokus kepada Asia serta Star Chinese Channel, satu penambahan hebat kepada kandungan hiburan Mandarin kami.

Nat Geo People membawakan kisah-kisah menarik yang dikongsikan orang Asia sendiri termasuklah paparan mengenai Asia dan juga kandungan penuh informasi, yang mampu menawan hati penonton dari seluruh dunia menerusi pengkisahan mengenai tempat-tempat menarik dan juga budaya setempat, Chef Wan dan Poh dari Malaysia akan ditampilkan dalam beberapa buah program menerusi saluran ini. Star Chinese Channel pula menyertai senarai hebat 31 saluran berbahasa Cina, menampilkan drama idola terkini serta pelbagai program hiburan hebat dari Taiwan.

Derek Chang, pengarah urusan Scripps Networks Asia-Pacific berkata “ Selepas pelancaran di rantau Asia akhir tahun 2014, HGTV dengan pantasnya telah berjaya menjadi saluran gaya hidup nombor satu di Singapura. Ini merupakan pencapaian yang hebat untuk pasukan kami, dan saya yakin saluran ini akan menerima maklumbalas yang memberangsangkan di Malaysia. Penonton boleh berhibur bersama hos HGTV yang ceria dan mesra sambil mendapat inspirasi dengan idea segar serta cerita menarik mengenai pelbagai aspek berkaitan kediaman. Saya ingin berterima kasih kepada Astro untuk sokongan tidak berbelah bahagi mereka dan kami teruja berkerjasama dengan mereka untuk membawakan pengalaman HGTV ke dalam kediaman penonton masing-masing.

Group Pic 1

HGTV HD (Saluran 731) adalah saluran pertama di rantau ini yang didedikasikan secara eksklusif untuk segmen kediaman dan gaya hidup yang semakin mendapat tempat di Asia. Saluran ini memberikan inspirasi buat pengguna dengan pelbagai idea segar dan kisah bagaimana mendapatkan rumah serta kediaman impian anda menerusi program seperti Property Brothers, House hunters, Ellen’s Design Challenge, Cousins Undercover, Love It or List It dan banyak lagi. HGTV boleh didapati dalam pek Metro dan juga boleh ditonton menerusi Video On Demand (VOD) dan tidak lama lagi, di platform Astro on the Go, sekaligus memberikan peluang untuk pelanggan menonton menerusi televisyen, dalam talian ataupun di gajet masing-masing.

Menurut Vineet Puri, Ketua Wilayah, Malaysia daripada Fox International Channel “ Dengan pelancaran ini, 20 saluran FIC terdapat di Astro merangkumi kandungan terhebat hiburan, gaya hidup, sukan sehinggalah kepada fakta. Ia turut mengukuhkan hasrat FIC dan Astro dalam memberikan kandungan yang relevan serta bermutu tinnggi.

Secara amnya, Nat Geo People HD menampilkan aspirasi dan inspirasi gaya hidup untuk penonton Asia menerusi programnya yang memfokuskan gaya hidup, makanan dan pengembaraan, Sementara Star Chinese Channel merupakan saluran medium Cina pertama di Astro menawarkan pelbagai program yang menarik dan menghiburkan termasuklah program bual bicara, permainan, drama bersiri, gaya hidup dan pelbagai lagi rancangan dalam audio bahasa Mandarin dan sarikata Cina.

Nat Geo People HD (Saluran 725) adalah saluran gaya hidup yang meraikan cerita berkenaan makanan dan pengembaraan terbaik sambil mengikuti pengacara dan karakter yang cukup memberikan inspirasi menerusi saat-saat indah dalam kehidupan mereka. Ikuti perjalanan mereka ketika mereka menerokai tempat-tempat serta mengenali pelbagai budaya dalam rancangan seperti Poh & Co, Eat Street, David Rocco’s Dolce Vita, Cesar to the Rescue, George Clarke’s Amazing Spaces, The Food Files dan banyak lagi. Nat Geo People HD boleh didapati oleh kesemua pelanggan HD, pek Family HD di samping ditawarkan menerusi Video On Demand.

Star Chinese Channel (Saluran 315) secara amnya merupakan peneraju kandungan umum Mandarin di Asia, yang berpusat di Taiwan.

Saluran ini mempersembahkan kandungan program yang pelbagai merangkumi program bual bicara, permainan, drama bersiri dan banyak lagi rancangan menarik dari Taiwan. Pastikan anda tidak terlepas peluang menonton rancangan seperti Lady Commander, Taste The World, Champion Mission dan banyak lagi program bermutu tinggi. Star Chinese Channel merupakan saluran ala carte yang boleh dilanggan pada harga RM 5.30 setiap bulan.

Lokasi pelancaran hari ini telah disediakan oleh Space Furniture @ The Intermark Mall. SIla rujuk kepada jadual di bawah untuk lebih informasi berkenaan saluran-saluran baru ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my

Agnes Rozario, Vice President, Content Management Group, Astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Wins Big at the Putra Brand Awards 2015

Ulasan Filem Animasi Disney Pixar’s INSIDE OUT