in ,

Pelancaran Laluan Baru Airasia X Kuala Lumpur Jeddah

PELANCARAN LALUAN BARU AIRASIA X KUALA LUMPUR-JEDDAH
TAMBANG SERENDAH MYR399* (SAR499*), LALUAN KE MAKKAH DAN MADINAH HANYA DENGAN SATU KLIK SAHAJA!

AirAsia X, Syarikat Penerbangan terkemuka tambang murah jarak jauh yang merupakan salah sebuah syarikat Kumpulan AirAsia, hari ini mengumumkan laluan baru ke Jeddah dari Kuala Lumpur. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah akan mula beroperasi dari 16 Februari 2013, menawarkan tetamu peluang untuk menerokai sejarah dan pusat bandar utama Arab Saudi.

Penerbangan AirAsia X ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah dari Kuala Lumpur akan bermula dengan kekerapan 3 kali seminggu dari 16 Februari hingga 30 April 2013. Kekerapan penerbangan akan ditingkatkan kepada 4 kali seminggu dari 1 Mei 2013 dan seterusnya mengikut permintaan dan musim puncak.

Officiating KL Jeddah

Bersempena dengan pelancaran laluan baru ini, AirAsia X akan menawarkan promosi tambang serendah MYR399* (SAR499*) sehala untuk tambang Ekonomi, MYR1599* (SAR1999) sehala untuk tempat duduk “Premium flatbed” dari Kuala Lumpur ke Jeddah. Tempahan penerbangan boleh dibuat menerusi internet bermula 18 Januari 2013 sehingga 20 Januari 2013, bagi tempoh perjalanan dari 16 Februari 2013 sehingga 9 Februari 2014. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.airasia.com. Selain itu, tetamu juga boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di +603 2787 0101 (Isnin-Jumaat; 9:00-18:00 GMT+8) atau menerusi emel di [email protected].

Azran Osman-Rani, Ketua Pengawai Eksekutif AirAsia X berkata,

“AirAsia X sangat berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran laluan ke Jeddah, yang merupakan destinasi keempat belas dalam rangkaian penerbangan kami. Jeddah merupakan pintu gerbang ke bandar suci Makkah dan Madinah dan kami berasa amat gembira kerana dapat menawarkan perkhidmatan penerbangan yang lebih murah untuk tetamu Muslim di Malaysia dan seluruh rantau untuk menunaikan Haji dan Umrah.”

“Tetamu dari Arab Saudi pula akan mempunyai peluang untuk mengembara dan menggunakan rangkaian destinasi AirAsia di rantau Asia dan Australia. Kami percaya bahawa dengan rangkaian yang luas dan struktur tambang yang rendah dapat menggalakkan tetamu untuk melawat destinasi seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Australia dan juga negara-negara lain di Wilayah Asia Pasifik yang kaya dengan adat resam dan pelbagai budaya, warisan dan rekreasi. Perkhidmatan AirAsia X ini juga dijangka akan meningkatkan kedatangan pelancong dari Arab Saudi.”

Di samping itu, AirAsia X juga menawarkan tambang promosi bagi perkhidmatan “fly-thru” untuk penerbangan dari Jeddah ke Australia (Melbourne) dengan tambang serendah SAR1,238*, Indonesia (Jakarta, Medan, Surabaya, Bali) serendah SAR712* dan Singapura serendah SAR620*. Perkhidmatan “fly-thru” inimembolehkan tetamu untuk menempah dua sektor penerbangan dengan satu penempahan sahaja serta menikmati perjalanan yang lebih lancar melalui transit dari Kuala Lumpur ke destinasi seterusnya.

AirAsia X adalah syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah pertama yang memperkenalkan perkhidmatan kemudahan tempat duduk “Premium flatbed”, yang mempunyai spesifikasi kelas bisnes. Tempat duduk “Premium flatbed” ini juga mempunyai soket kuasa sejagat, tempat rehat kepala yang boleh laras dan mempunyai utiliti kegunaan peribadi seperti meja, pemegang minuman, lampu membaca dan skrin privasi. Tetamu yang menggunakan kemudahan tempat duduk “Premium flatbed” juga dapat menikmati pelbagai kelebihan yang didatangkan secara percuma seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar-masuk, keutamaan laluan dan bagasi, elaun bagasi sebanyak 25kg, makanan percuma beserta dengan bantal dan selimut.

Bersama dengan AirAsia, AirAsia X telah dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Kos Rendah Terbaik Dunia menerusi Kajian Selidik Tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax selama empat tahun berturut-turut daripada tahun 2009 sehingga 2012. Sehubungan dengan itu, AirAsia X juga telah dianugerahkan Anugerah Operasi Cemerlang Terbaik Airbus pada tahun 2010-2011 dimana menempatkan AirAsia sebagai yang terbaik di dunia dalam mengendalikan operasi kapal terbang Airbus A330-300 yang cemerlang dalam bidang operasi, penyelenggaraan dan system keselamatan.

*Tambang Promosi termasuk cukai lapangan terbang dan yuran

Penerbangan dan tambang yang tertera juga adalah tertakluk kepada ketersediaan dan bagi laluan sehala sahaja.

Tambang Promosi adalah terhad dan tidak terdapat dalam semua penerbangan/hari atau pada waktu puncak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Pemenang Golden Disk Awards 27 di Malaysia

Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar & Isteri Selamat Menerima Anak Kedua