Penampilan terbaru XALF yang mencerminkan kebebasan; bebaskan diri anda dari kesibukan dan nikmati hidup dalam cara yang tersendiri. Dibuang sejauhnya perasaan yang tidak diingini, si gadis tahu dia boleh tenggelam dalam perasaan duka nya sendiri, atau mungkin lebih teruk, ketakutan, tekanan dan jurang dimana terasa debaran yang tidak henti-henti dan rasa sangsi diri yang menguasai disertai emosi marah membuak. Ketinggian peribadi dan integriti dalam dirinya juga musnah setelah segalanya lenyap dalam sekelip mata. Sekelip mata: segala butir bicara mengenai syak wasangkanya yang membawa kepada kehancuran hubungan terpencilnya dan terungkai sudah bahawa semuanya dusta… dusta yang menyakitkan.
Dia menangis. Air matanya mengalir jatuh bersama maskara dan kotoran hitam yang kemudiannya menjalari, menuruni pipinya. Gelas minuman kerasnya dilemparkan ke dinding keras. Dia punyai segalanya. Termasuk ketinggian kelas sosialnya yang cukup sempurna. Tapi itu dulu.
Lembaran kepercayaannya sudah diragut.Si jejaka meninggalkannya. Tiada apa yang dilakukan untuk menggembirakan si gadis. Si gadis banyak membuat pertimbangan. Dia menarik dalam nafasnya. Lalu dicapainya gunting. Amarahnya bersatu dalam jeritan yang tidak terzahir, yang mana pasti mampu menimbulkan ketakutan sesiapa. Dan kemudian, ia berakhir…
BEBASKAN HIDUP, NYAHKAN YANG LAMA
Mereka percaya si gadis sudah lemah dan putus asa malah tidak mampu untuk melihat diri sendiri di hadapan cermin pun. Mereka silap. Kekuatan adalah darah dagingnya dan walaupun selemah mana dia kelihatan dari luar, semangat juangnya menjadi pemangkin untuk terus bangkit dan terus ke hadapan.
Adakah dia mengubati laranya dengan sebotol wiski? Tidak sesekali. Itu kegemaran si jejaka yang mana semuanya sudah dicurah terus ke dalam sinki. Si gadis memutuskan bahawa hidup adalah memabukkan, ada pahit manis dan turun naiknya sendiri dan tidak akan sesekali dia mengalah apabila hidupnya diduga. Dia bangkit bersama sisa hidup yang lebih penting dalam hidupnya. Bab terakhir di mana kisah dongeng itu berakhir. “Berdiri teguh,” pesannya pada diri sendiri. “Tarik nafas sedalamnya. Kuatkan diri. Beberapa perkara perlu diselesaikan…”
Dengan bersahaja dia mencampak segala perhiasan diri dan barang kemasnya – yang dikumpul sejak dari usia muda – dia tidak lagi merasa dirinya berharga (ibarat gaun bertatahkan Swarovski yang dicuci dan dilipat kemas dalam beg tidak bertanda), yang penting adalah kenangan yang pernah tercipta. Dia akan membebaskan dirinya. Walaupun dirinya terasa tidak lengkap. Kosong, malah ada sedikit terselit rasa malu. Dia sudah nekad untuk tidak terperangkap dalam masa silamnya lagi. Dia sudah bebas.
PEMBURUAN MANGSA
Ramai yang menggelarkannya harimau kumbang – seksi dan menggoda. Malah ada segelintir yang memanggilnya “MILF” dan sosialis ternama. Dia tidak menghiraukannya. Dia berjaya mengambil hati mereka dengan cara tersendiri, ketenangan dan kelembutannya malah ada juga kelabu mata dengan bibir mungil dan susuk tubuhnya yang menggiurkan. Ya dia memang licik. Jejaka tidak mampu menolaknya. Tetapi dia tidak pernah menghiraukan mereka. Sehingga ke hari ini.
GADIS KOTA METROPOLITAN
Dia mengambil masa yang lama berendam di dalam tab mandinya. Kemudiannya dengan lemah lembut dia mengeringkan rambut dan setelah itu dia memilih sepatu yang sesuai. Diperbuat daripada kulit anak lembu dengan kemasan perak metalik dan zip hiasan yang pasti sesuai untuk semua gaya. Lagipun siapa yang ambil kisah tentang lelaki idaman bukan?
Dengan sepatu yang sesuai, ia pasti menjadikannya malam yang sukar dilupakan. Dia menahan sebuah teksi dan nekad memilih sebuah bar baru dibuka di tengah pusat bandar sebagai tempat paling sesuai untuk dilihat umum. Jejaka muda mengerling dengan hujung mata. Dia memandang dengan acuh tidak acuh dan sambil lewa – si jejaka terus tertawan. Mahu mengawal keadaan, mereka menuju ke arahnya. Si gadis memberikan senyuman sinis yang memberi maksud, “Hei budak. Biar aku ajar satu dua perkara.” Si jejaka makin tertawan.
Sebaliknya si jejaka tidak punyai apa-apa untuk diperkatakan. Dia memaut kaki si gadis dan menanggalkan stiletto nya: satu persatu. Mereka berpelukan. Sedikit merah padam muka si jejaka, “Saya tidak, err, tidak pernah bersama dengan wanita seperti awak.” Semuanya terserlah dek kerana aura dan pergerakan si gadis.
Baju cantik melekap di tubuh dan sepasang sepatu yang juga cantik tersarung di kaki. Itu sahaja sudah lebih dari mencukupi. Keintiman fizikal (dan emosi) hanya akan wujud setelah semua yang menutupi fizikal dan luaran ditanggalkan. Dari situ, kehidupan adalah primal, spontan, dan selalunya penuh kelembutan. Lebih mudah untuk menilai apa yang benar-benar bermakna dalam hidup setelah segala hiasan tambahan ditanggalkan.
Kita semua lebih mudah tertarik dengan sesuatu yang terdedah daripada yang tertutup di sekeliling kita dan kerana itulah koleksi XALF yang terbaru terdiri daripada pelbagai pilihan warna nude yang diseiringkan dengan pilihan warna senada lain di mana ia dianggap sebagai warna yang matang dan lebih imun daripada pilihan anak muda sekarang.
Koleksi ini direka khas bagi mereka yang ingin menikmati hidup dan sudah melalui pelbagai pengalaman yang meliputi perasaan paling terdalam seseorang manusia: kesakitan, cinta, jangkaan, harapan, kegembiraan dan semangat juang yang tinggi untuk bergerak kehadapan apabila hidup tidak seperti yang diharapkan.
Untuk info lebih lanjut, sila layari www.xalfdesign.com atau terus hubungi +603-2298 7203 untuk menetapkan temujanji.
The Ex-Husband (RM1650)
Dapatkan permulaan baru dengan menendang si dia ke tepi jalan menggunakan kasut bertumit tinggi 4 inci berwarna kuning air yang menyembunyikan kaki dan pergelangan kaki. Tumitnya dilitupi kulit paten hitam yang menyerlahkan kontras hitam dan putih dikala dia sudah dikirimkan dokumen perceraian yang mengujakan, dimana si gadis boleh menuntut apa yang sepatutnya menjadi hak miliknya.
The Skinny Dipper (RM1650)
Cetakan berbentuk segitiga geometri menggayakan bahagian atas kasut berwarna nude dan dipadankan bersama tumit setinggi 4 inci yang kelihatan seperti tali tipis baju yang diikat. Kancing perak yang digayakan menyerlahkan lagi bahagian atas kasut dan lapik lembut di dalam meminimumkan kerosakan ketika anda perlu menerokai kota raya bersama sahabat baik.
The Dream Date (RM1650)
Biru Carolina adalah paling sempurna untuk si gadis yang berkaki panjang dan suka mendominasi pasangan tetapi tetap lebih menggemari warna lebih lembut dari biru pucat. Kami masih berkeras bahawa tumit setinggi 4 inci boleh menggusarkan kebanyakan jiwa lelaki tetapi sentuhan corak zig-zag dan kulit berwarna pasir memberikan petunjuk kepada lelaki bahawa anda tetap menghargai mereka yang sanggup bertahan dengan ujian yang anda berikan melebihi had masa sepatutnya.
The Power Couple (RM1650)
Butiran berlian bukanlah benda asing lagi untuk dijumpai, tetapi kasut baji dengan tumit 3.5 inci dengan kemasan runcing di bahagian hadapan adalah cukup sempurna apabila anda mahu menguasai keadaan dan meggunakan cara anda tersendiri. Applikasi penggunaan dua tona warna yang berbeza menambah tekstur dan kancing berwarna perak pembahagi antara bahagian penggunaan kulit serta suede. Sarungkan kaki anda dan kawal sebarang keadaan di sekeliling
The Ice Cream Sunday (RM1650)
Kasut baji setinggi 3.5 inci dan runcing dihadapan adalah rakan terbaik untuk anda menikmati tengahari Ahad dan bersantai menikmati teh adalah satu-satunya angenda pada hari tersebut. Ceriakan hari dan bersedia dengan sebarang persembahan gaya yang tersedia dan pastikan juga anda berkelakuan cukup baik ketika menggayakan kasut cantik dengan rona krim ini yang turut dilengkapi biku berwarna merah di sepanjang tepiannya dan di tali lilitan buku lali.
The Gladiator (RM1650)
Tidak perlu dinafikan lagi! Gayakan kasut baji 3.5 inci dengan bahagian hadapan terdedah ini dengan kemasan bersilang yang pasti membuatkan parti toga bertemakan serba putih gempar. Ayuh sekarang, jangan segan lagi. Biarkan minuman keras merah itu bersatu dengan orang sekeliling dan khabarkan kepada mereka bahawa terdapat lebih lembaran di bawah selain daripada apa yang terlihat oleh mata kasar.
The Blueprint (RM1650)
Tugas anda adalah untuk mencipta persekitaran yang membuatkan anda bahagia. Dan sekiranya kasut ini terletak cantik di kaki – pengukuhan positif dalam bentuk kasut terdedah setinggi 4 inci ini tidak mempedulikan tanggapan orang lain terhadapnya – sarungkannya dengan penuh keyakinan dan semudah yang boleh. Bahasa tubuh anda pasti akan terserlah dengan penutup buku lali yang akan menggayakan gerakan pinggul anda dalam setiap langkah.
The Algebra Teacher (RM1650)
Teorem Pithagoras bukanlah minat anda? Akan terserlah konsep matematik dalam kasut setinggi 4 inci ini yang mana cadangannya kelihatan seperti semuanya melibatkan penambahan dan bukannya penolakan. Penutup lutsinar yang terletak berdekatan jari kaki membenarkan anda seperti bermain sembunyi-sembunyi dengan orang dewasa yang mungkin memandang rendah terhadap wanita bijak.
The English Teacher (RM1650)
Kontras dengan Algebra Teacher adalah pihak yang punyai kuasa yang mana anda tidak mahu berselisih ketika di dalam ujian kefahaman.Dia akan menggagalkan anda dan membawa anda ke pejabat untuk memberi lebih hukuman kerana kurangnya kefahaman dalam kata nama, kata kerja dan kata sifat. Dan dia akan melakukannya dalam pada sedang menggayakan kasut hitam putih yang anggun setinggi 4 inci ini.
The Man-eater (RM1950)
Tambahkan sedikit unsur garang pada ‘Ladies Night’ anda yang pasti akan menarik perhatian semua lelaki di kawasan sekitar. Ditambah dengan tumit 4 inci setebal keberanian dan kenakalan si gadis untuk menggesel kaki dengan si mangsa dan dilengkapi pula dengan zip di belakang seperti baju hitam seksi. Kancing emas membentuk segitiga digabungkan bersama material kulit anak lembu hitam dan cetakan kulit reptilia berwarna gangsa menunjukkan kesungguhan dalam bilik lembaga pengarah (dan bilik tidur).
The Flatliner (RM1050)
Kadangkala kita perlu ke takuk yang lebih rendah untuk mendapatkan kelebihan yang lebih besar. Dan apabila wujudnya masa terluang untuk diri sendiri untuk anda berjalan di setiap rak di kedai buku berhampiran. Kasut rata ranggi ini adalah yang terbaik untuknya. Sudah tentu tiada masalah dengan sedikit taburan kancing berwarna emas di bahagian hadapan jari kaki. Ia menyerlahkan lagi kilauan pada paten kemasan kulit.
The Director’s Cut (RM1050)
Kegemaran peribadi di XALF yang megah dengan rona nude yang kontras dengan rona biru pekat ala kehijauan. Ia adalah kasut rata 1 inci yang mempunyai kancing berwarna perak di belakang dan dilengkapi tali pengikat yang menyemat kaki anda dengan lembut di dalam pelapik. Kami menyukainya kerana ia versatile dan mudah dipakai.