in

Pelancaran eMall Karangkraf

34 tahun berdiri di persada dunia penerbitan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf terus bergerak pantas mencipta perubahan dan pembaharuan. Ketika trend teknologi digital mengambil tempat dalam majoriti industri dunia, Karangkraf turut membawa jenamanya ke peringkat global dengan inovasi baru ini.

Memenuhi perubahan pantas ini, Karangkraf telah membangunkan aplikasi eMall bagi memberi peluang kepada pembaca membaca jenama pilihan mereka di mana-mana sahaja pada bila-bila masa dengan menggunakan teknologi digital

eMall adalah Gedung Buku & Majalah online yang menempatkan majalah, buku dan novel di bawah terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Kehadiran eMall dilihat akan membawa satu perubahan besar kepada dunia penerbitan dan corak pembacaan rakyat Malaysia seiring dengan gaya pembacaan global yang menjurus kepada penggunaan teknologi digital. Lebih interaktif, lebih murah dan mudah. Turut dimuatkan dengan paparan video. Perubahan ini juga ingin kami kongsikan dengan seluruh peminat majalah, buku dan novel bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia.

Majlis ini nanti akan turut diserikan dengan kehadiran artis-artis, Hero Remaja 2012, Dewi Remaja serta novelis ternama yang bernaung di bawah Alaf 21. Details majlis seperti di bawah:

Tarikh : Selasa ( 18 Dis 2012 )
Masa : 2ptg – 5ptg
Tempat : Garden Lifestyle Store & Cafe,
The Curve, Mutiara Damasara

See you there!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunohan Kalahkan Kebun Binatang

Siti Fazurina Tidak Kahwin di Siam Keluarga Tidak Izin Bertemu Ibu