Petang semalam, Budiey sempat singgah di Delicious Cafe, The Marc Service Residence yang terletak di Jalan Pinang, Kuala Lumpur untuk mengikuti Sidang Media DRIVE yang dianjurkan oleh saluran Feel Good Channel, NTV7.
Suasana penuh dengan warna putih salju di Delicious, The Marc Residence
Anda suka tengok kereta? Suka buat test drive kereta? Ha… DRIVE sesuai untuk anda! Satu-satunya program yang review kereta yang mantep-mantep di Malaysia!
DRIVE adalah program TV yang menyajikan program kereta berbentuk informatif dan menghiburkan kepada penonton. Ada 10 episod kesemuanya dan akan disiarkan di NTV7, jam 8.30 malam mulai 29 Julai 2010.
DRIVE yang ditaja oleh Esso dan Mobil menawarkan format yang sangat segar, menghiburkan dan mudah diikuti para penonton dan penggemar kereta. Tak lupa DRIVE akan memberikan tips berguna untuk kita menjaga cara pemanduan selamat dan menjimatkan minyak.
Setiap episod ada tema yang berlainan. Bergantung kepaa jenis kenderaan yang dipaparkan seperti kereta sedan, hybrid, supermini, MPV, hatchback, SUV dan lain-lain lagi. Segmen pertama memaparkan ulasan kereta yang terpilih diikuti segmen selebriti yang mempunyai jenis kenderaan yang sama.
Antara selebriti yang berkongsi pengalaman memandu ialah Joanna Bessey, Jaclyn Victor, Dr Faiz Khaleed dan Adam Carruthers.
Setiap episod diakhiri dengan segmen penyertaan pemandu di stesen servis Esso atau Mobil terpilih, pelanggan pertama yang memandu jenis kenderaan mengikut tema episod tersebut akan dihadiahkan produk dari aksesori kereta ke produk penjagaan kereta. Menarik kan?
Sidang media tadi berlangsung tepat jam 3.30 petang dan dihoskan oleh selebriti popular yang dulunya pernah berlakon dalam filem Belukar, siapa lagi kalau bukan…
Sidang media pelancaran dihoskan oleh Daphne Iking yang sangat peramah.
Yang penting sekali, dalam DRIVE ni ada ulasan atau review kereta yang disampaikan dalam gaya yang lebih praktikal, mudah difahami dan tidak terlalu teknikal sangat la. Sekaligus menyajikan sebuah program kereta yang sangat infomatif. Budiey rasa, Budiey juga akan lekat di kaca TV untuk menonton setiap episod.
DRIVE menampilkan aspek prestasi, penyelenggaraan dan macamana nak jimat minyak. Tengah-tengah minyak semakin naik harga ni, eloklah kita tahu tentang cara nak menjimatkan minyak ya tak?
Cik Airin Zainul, GM ntv7 diapit oleh hos Nont dan wakil dari Esso, Faridah.
DRIVE dihoskan oleh Nont Wathanasin, seorang pengacara, deejay dan penggemar kereta yang akan memberikan reviewnya dalam DRIVE.
Nont ni nama dia macam orang Thailand je kan?
Inilah dia pengacara DRIVE, Nont namanya. Nama yang sangat unik!
Drive siap dilancarkan. Jadi jangan lupa untuk tontonnya. Mantep semuanya!
Jadi, jangan ketinggalan menonton DRIVE.
General Manager NTV7, Airin Zainul
Faridah Ali, wakil dari penaja Esso
Sawadee kap Nont!
The hottest celebrity, Daphne Iking