in , ,

Pelancaran Album Terbaru Sofazr MAAF DARI HATI MOHD ATLAS

Dalam hidup kita seharian, kita sebenarnya tak tahu apa yang akan berlaku. Untung dan rugi menjadi persoalan. Jadi atau tidak, itu juga turut menjadi perkiraan. Yang penting, setiap hari kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan.

Kadang-kadang, hari ini kita rugi, mungkin mana tahu suatu hari nanti dengan berkat usaha kita tu, esok pasti akan datang dengan kejayaan. Betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Seperti juga dengan kumpulan Sofaz ni. Ops Budiey kena tambah huruf R kat hujung Sofaz sebab nama diorang dah bertukar. Tak banyak bertukar pun. Tambah R je, jadi, pandai-pandai lah korang sebut ya… SOFAZR.

Rebranding atau penjenamaan semula kumpulan itu disifatkan bertepatan pada waktunya bagi meraikan kemunculan terbaru mereka di bawah label Global Records.

Ya, Sofazr semalam menerima cheque sebanyak RM100ribu. Wow banyak tu! Nak buat apa dengan wang sebanyak tu. Macam-macam boleh buat. Yang pastinya, Sofazr akan menggunakannya untuk perkembangan seni mereka. Tahniah!

Sofazr

Kumpulan Sofazr dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard). Mantap-mantap semuanya bermain alat muzik dan ada vokal yang lantang.

Semalam, jam 2 petang, Budiey sempat singgah di Majlis Pelancaran Album Terbaru Sofazr Maaf Dari Hati Mohd Atlas dan Majlis Menandatangani Kontrak Rakaman serta penyerahan cek replika bernilai RM100ribu kepada Sofazr. Tahniah, Budiey ucapkan buat kumpulan rock ini.

Budiey boleh katakan, setelah medengar lagu terbaru mereka yang diberikan semalam, Sofazr pastinya akan digelar kumpulan band yang paling trendy masa kini yang mengetengahkan genre Rock Moden.

Sofazr

Budiey masih ingat lagi, 7 tahun lalu, masa tu Sofazr di bawah label Suria Records. Dan kini, Sofazr tak lagi di bawah SRC kerana kemunculan album ini di selenggara sepenuhnya di bawah label Global Records. Budiey difahamkan syarikat label ini adik beradik kepada syarikat Heliza Helmi Productions. Di mana AR Badul ada share dalam syarikat ni.

Jadi sekarang ini, Sofazr menguruskan perjalanan seni mereka di bawah label mereka sendiri di mana Zimi iaitu gitaris Sofazr bertindak selaku Pengarah Urusan label Global Records bersama dengan rakan kongsinya, En Mohd Hafiz.

Misi Global Records seterusnya adalah untuk melahirkan lebih ramai lagi penyanyi seperti syarikat rakaman lain. Yelah, kalau tak ambik artis antarabangsa tak sesuailah kalau letak nama Global, kan? So, kenalah ada international artis nih. Hehe. gurau je, Sofazr.

Kalau ditanya mengapa pilih Sofazr, pastinya Global Records akan jawab sebab mereka yakin dengan kredibiliti yang ada pada setiap ahli kumpulan ini dan ini terbukti setelah Sofazr berjaya menghasilkan lagu-lagu yang mantap dan sedap didengar. Antaranya, Bukan Di Sini, Dan Bila Esok, dan banyak lagi. Lagu-lagu mereka terkenal sebab mendapat sokongan dari stesen-stesen radio yang tak jemu memutarkan lagu Sofazr. Itu pun atas permintaan peminat.

Sofazr
Zimi – gitaris dan pengarah urusan GR.

Sebelum ini Sofazr pernah menghasilkan album seperti Cintai Aku (2004), Janjiku (2006), Kepantasanku (2008), The Best of Sofaz (2009), Dan Bila Esok (2010) dan kini muncul dengan Maaf Dari Hati Mohd Atlas yang bermaksud maaf seorang lelaki untuk seluruh dunia.

Album ini menampilkan 10 buah lagu-lagu best seperti Maaf Dari Hati, Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu, Airmata, Su, Padan Muka Bicara Tentang Cinta, Karna Cintaku dan Dia. Ironinya, semua lagu dan lirik sepenuhnya di buat oleh Mohd Atlas sendiri.

Menurut Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini, mereka rasa dah tiba masanya untuk mereka berdikari dan menguruskan kerjaya seni di bawah label sendiri.

Sofazr

“Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami.

Sebenarnya, sudah lama kami ingin mengubah nama kumpulan ini kepada Sofazr kerana sejak album kedua lagi pemain keyboard iaitu Rodie sudah menyertai kami.”

“Namun, ketika itu kami masih mempunyai kontrak bersama Suria Records. Bagi mengelakkan kekeliruan, kami kekalkan nama kumpulan ini sehinggalah kontrak tamat baru-baru ini.

Memandangkan kini kami mula bergerak sendiri di bawah label baru, keputusan untuk menggunakan nama baru ini adalah tepat pada masanya.”

– Sofaz

Album yang menelan kos penerbitan sebanyak RM50,000 itu diterbitkan oleh anggota Sofazr sendiri bersama seorang lagi rakan niaga mereka.

Memuatkan sepuluh lagu baru antaranya Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu dan Maaf Dari Hati, kesemua lagu dalam album kelima ini dihasilkan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu dengan menggunakan nama pena Mohd Atlas yang turut dipilih sebagai simbolik kepada judul album itu.

Album yang masih mengekalkan genre pop dan rock moden itu bakal berada di pasaran pada akhir Disember ini.

Di event ini juga, Sofazr dan Global Record tak lupa untuk membalas jasa media yang datang dan mereka berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Memang hadiahnya pun lumayan seperti LCD TV 42′ yang dimenangi oleh Nas Ahmad Melodi, telefon bimbit Blackberry yang juga dimenangi oleh team Melodi iaitu Azmi serta Digun dari Utusan.

Selain tu, ada hadiah notebook keluaran Acer dan telefon bimbit Nokia terbaru. Patutlah event semalam meriah dengan media. So, kepada organizer yang nak buat event dan nak tarik ramai media datang, kenalah buat macam Global Records ni. Kasi hadiah macam-macam.

Sofazr
Sofazr
Sofazr
Sofazr
Anggota kumpulan Sofazr (dari kiri) Shah, Wan, Fairuz, Rodie, Zimi dan Aremeer
Sofazr
Sofazr
Sofazr
Sofazr
Sofazr
Sofazr
Sofazr
Sofazr
Sofazr
Sofazr

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain, Altimet, M.Nasir Bakal Jayakan Konsert Ria 2010

Gambar Lisa Surihani di Sidang Media Revelation of Project Light