in ,

Pelan Mudah Alih Netflix Kini Hanya RM17 Sebulan

Dua tahun yang lalu Malaysia ialah negara ketiga dengan jumlah pengguna yang menstrim Netflix pada peranti mudah alih. Kita hanya di belakang India dan Filipina.

Pada 24 Oktober 2019 lalu, syarikat perkhidmatan penstriman televisyen Netflix telah melancarkan pelan serendah RM17 sebulan untuk diakses menerusi telefon pintar dan tablet kepada pelanggan di Malaysia.

Pengarah Inovasi Produk Netflix, Ajay Arora berkata, Malaysia turut dipilih sebagai negara pertama di Asia Tenggara untuk mendapat keistimewaan itu berdasarkan penggunaan Internet yang tinggi di negara ini.

(L-R) Leigh Wong, Head of Communications, SEA_ Ajay Arora, Director, Product Innovation

“Pelanggan kami di Malaysia gemar menonton pelbagai rancangan menerusi telefon pintar dan tablet. Dengan pelan telefon pintar yang julung kali dilancarkan di Asia Tenggara, mereka boleh menikmati, strim dan muat turun semua program serta filem di Netflix.

“Pelanggan sedia ada yang berhajat untuk menukar akaun kepada pelan terbaru itu juga boleh berbuat demikian menerusi aplikasi atau di laman web rasmi kami,”

– Pengarah Inovasi Produk Netflix, Ajay Arora

Tonton Video LIVE: Ini Cara Baru Layan Netflix, Hanya Bayar RM17 Je Sebulan

Pelan telefon pintar berkenaan memberikan akses sepenuhnya kepada pelanggan untuk melakukan penstriman semua kandungan program baik tempatan dan antarabangsa.

Sebagaimana pelan sedia ada, pelan terbaru itu juga bebas iklan, pembatalan lebih mudah dan ada kawalan ibu bapa.

Netflix Mobile Plan

Untuk rekod, dianggarkan 88 peratus rakyat Malaysia memiliki telefon pintar pada tahun ini saja.

Menurut bancian dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sebanyak 78 peratus pengguna Internet menghabiskan masa dengan penstriman dan muat naik hiburan.

Dengan kandungan yang terus bertambah termasuklah filem tempatan seperti sekuel Polis Evo, Paskal, Munafik 2, Till Death: Azalea’s Wrath, Jagat dan Crossroads: One Two Jaga, pelan telefon pintar itu dijangka akan meluaskan lagi akses terhadap Netflix.

Menurut Netflix pengguna di Malaysia menstrim kandungan mereka pada peranti mudah alih dua kali ganda lebih lama berbanding purata global. Menyedari hakikat ini pelan khusus hanya untuk peranti mudah alih dilancarkan di Malaysia hari ini.

Pelan ini ditawarkan pada harga RM17 sebulan, lebih kurang separuh pelan Basic yang ditawarkan pada harga RM33 sebulan sebelum ini. Malaysia menjadi negara kedua selepas India menerima pelan khusus untuk peranti mudah alih ini.

Pelanggan akan dapat menstrim Netflix hanya pada satu peranti mudah alih dengan resolusi SD sahaja. Tiada sokongan untuk melontar kandungan ke televisyen pintar atau Chromecast.

Akaun juga tidak boleh digunakan pada televisyen pintar, komputer atau konsol permainan video.

Malaysians Can Now Enjoy Netflix Starting RM17/Month!

Today, Netflix announced the launch of a new mobile plan for Malaysia. At RM17/month, members will be able to watch all of Netflix’s content—with no interruptions or ads—in standard definition (SD) on one smartphone or tablet at a time. Malaysians now have four plans to choose from, in addition to the existing Basic, Standard and Premium. 

The Mobile plan gives users access to all of Netflix’s entire local and international catalogue, with no ads, no-hassle cancellation, and Parental Controls to make informed viewing choices for their families. Netflix continues to improve the mobile experience with features like Smart Downloads, mobile previews, adaptive UI, and sharing to social media. 

As of 2019, 88% of Malaysians own smartphones. And online entertainment is important to them: According to the Malaysian Communications and Multimedia Commission’s (MCMC) 2018 Internet Users Survey, 78% of Malaysia’s internet users spent time streaming and downloading entertainment[1].

Netflix members in Malaysia already watch twice as much content on their phones as the average member. The Mobile plan is tailor-made to broaden access to Netflix in this truly mobile-first nation. 

“Our members in Malaysia love to watch shows on their smartphones and tablets. With the first-ever Mobile plan in Southeast Asia, all of Netflix’s shows and movies will be even more accessible for Malaysians to stream and download,”

– Ajay Arora, Director of Product Innovation at Netflix.  
Ajay Arora, Director, Product Innovation_

To sign up for the Mobile plan:

  1. Download the Netflix app on your smartphone/tablet, or visit www.netflix.com
  2. Select the Mobile plan for RM17/month.  

Existing members can also switch to the Mobile plan at https://www.netflix.com/ChangePlan.

The Netflix library of local content continues to grow, with hits such as the Polis Evo series, Paskal, Munafik 2,  Till Death: Azalea’s WrathJagat, and the award-winning Crossroads: One Two JagaNetflix’s first Chinese language original series, The Ghost Bride,  premieres in  January 2020, and is filmed and produced in Malaysia

INSTAGRAM | FACEBOOK | TWITTER

Group Shot with Press

About Netflix 

Netflix is the world’s leading internet entertainment service with 158 million paid members in 190 countries enjoying TV series, documentaries and feature films across a wide variety of genres and languages. Members can watch as much as they want, anytime, anywhere, on any internet-connected screen. Members can play, pause and resume watching, all without commercials or commitments.


[1] https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Internet-Users-Survey-2018.pdf

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Apak Bersama Osama Yamani Trending di Youtube Malaysia

Malam Penuh Pesona di KONSERT THE SINGING PIZZA