Pelakon Yatt Hamzah sah bercerai talak satu dengan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam selepas tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan mereka.
Pasangan yang bernikah pada 29 Mac 2009 bercerai dalam satu prosiding tertutup kira-kira pukul 4.23 petang.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman media saya, Abdul Mutalib dan Haryati Hamzah berpisah secara baik dengan talak satu. Makluman ini dibuat bertujuan mengelakkan sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman-teman media mendoakan yang terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih,†kata suami Yatt menerusi WhatsApp hari 26 Ogos 2015.
Pada 12 Mac lalu, Yatt memohon menangguhkan kes perceraian dengan suami atas alasan mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.