Seorang aktres terkenal dilaporkan telah melakukan perbuatan tidak senonoh pada malam Merdeka yang ke-66 tempoh hari.
Berita kurang enak itu difahamkan turut dilampirkan bersama bukti video oleh sumber dipercayai.
Pelakon wanita popular itu didakwa bercium di kelab malam bersama seorang pelakon lelaki yang baharu saja namanya meningkat naik.
Perbuatan curang itu difahamkan dirakam di sebuah kelab malam terkenal di ibu kota.
Malah, kedua-dua pelakon itu kini sedang menjalani penggambaran bersama dan pelakon wanita itu difahamkan sedang berada dalam fasa ‘healing’ dan memulihkan diri daripada ‘kekecewaan’ sebelum ini.