in

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong

Berita yang Budiey petik dari Berita Harian pada hari ini tentang perkahwinan seorang pelakon lelaki, Wan Raja yang akan berkahwin dengan kakak kepada selebriti Emma Maembong.

Jika pada hari ini adalah wedding selebriti Elaine Daly, Wan Raja pula memilih tarikh 12 Disember ini untuk diijabkabulkan. Sementara itu, pelakon Mas Muharni memilih 20 Disember sebagai hari pernikahannya.

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong

Menurut berita itu lagi, Wan Raja yang juga pelakon filem … Dalam Botol akan bernikah dengan Yaya pada 12 Disember ini di Masjid Al-Ridhuan Hulu Klang. Majlis resepsi sebelah Yaya akan diadakan pada 14 Disember di Dewan Sri Putra, KL manakala pada 26 Disember 2014 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang pula untuk sebelah keluarga Wan Raja.

Pasangan ini bertunang pada 10 Syawal lalu di KL. Menurut Wan Raja mereka kenal lebih dua tahun lalu. Drama Diari 3G menjadi permulaan detik perkenalan mereka apabila kedua-duanya berlakon sama.

“Ikutkan kami tak rancang untuk bertunang pun. Tapi apabila kedua keluarga kami berjumpa maka alang-alang jadilah juga majlis bertunang. Dari bakat melukis itu kami mula sedari banyak berkongsi minat dan citarasa yang sama. Malah masa kenal, saya tak tahu pun dia kakak kepada Emma Maembong. Hanya selepas itu, selepas tersedar yang nama bapa mereka sama,” katanya.

Perkenalan mereka seterusnya bercambah menjadi mesra apabila masing-masing mempunyai bakat seni lain selain berlakon iaitu melukis. Perkahwinan dengan Yaya Maembong ini merupakan yang pertama dalam hidup Wan Raja. Biar disangka sudah berkahwin, Wan menafikan perkara itu.

“Muka saya nampak macam orang yang ada anak tiga. Saya sudah biasa dengan tanggapan itu. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Mulut orang… biarlah,” katanya.

Ketika ini persiapan kahwin hampir sempurna. Menurut Wan Raja sudah 95 peratus. Kata Wan Raja lagi, cuma majlis di sebelah pihaknya saja yang perlu diberi perhatian kini kerana dia terikat dengan penggambaran drama Teman Lelaki Upahan slot Akasia TV3 di Sarawak.

“Majlis di KL berkonsepkan bangsawan manakala di Pulau Pinang pula bertemakan P Ramlee dan Saloma. Kami bertuah kerana penaja iaitu Putree Bridal dari Queensbay dan Wedding Studio, Bukit Jelutong mampu merealisasikan apa yang dihajati,” katanya.

Mengenai bulan madu, pasangan ini akan berbulan madu di pulau sekitar Sabah. Khabarnya juga Emma Maembong akan menaja bulan madu pasangan ini ke London.

Sumber: Berita Harian

Di bawah ini ada beberapa gambar pra perkahwinan pasangan ini.

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong

Pelakon Wan Raja Bakal Nikah Dengan Kakak Emma Maembong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lady Gaga Pernah Dirogol di Zaman Remaja

Vlog BudieyBuddies di Grand Opening Magnum Cafe Kuala Lumpur