in

Pelakon Veteran Sony Abdullah Meninggal Dunia

Seniman filem Melayu terkenal era 1960-an, Datuk Abdullah Sani Ahmad, atau dikenali Sony Abdullah, meninggal dunia pada 19 Oktober di kediamannya di Selayang kerana sakit tua. Beliau yang berusia 74 tahun menghembus nafas terakhir pada pukul 4.15 petang.

Pelakon Veteran Sony Abdullah Meninggal Dunia

Anaknya, Fathorossoim Al-Sani Abdullah Sani berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Melati Selayang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves di sini selepas solat Isyak malam ini.

“Pada 7 Oktober lepas, kami baru meraikan hari lahirnya yang ke 74 dan arwah masih sihat dan gembira ketika itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham meninggalkan lima anak.

Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham pernah mencipta fenomena menerusi filem Permintaan Terakhir pada tahun 1975, Menanti Hari Esok (1977), dan Gadis Langkawi (1966). – BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tan Sri Tony Fernandes Menang Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia ‘Asia House’ 2017

Menonton Wayang di GSC dan Dapat Menang Kereta Nissan X-Trail!