Yang bermula pasti akan berakhir. Hari ini, Leonard Nimoy seorang pelakon yang pernah memegang watak utama dalam siri sains fiksyen, Star Trek dengan watak Mr Spock telah meninggal dunia pada usia 83 tahun kerana radang paru-paru. Nimoy memulakan pembabitannya dalam drama Star Trek dari tahun 1966 hingga 69. Menurut akhbar harian The New York Times, isterinya, Susan Bay Nimoy telah mengesahkan suaminya Leonard Nimoy meninggal dunia pada Jumaat pagi di kediamannya di Los Angeles.
Tahun lalu, Nimoy mengumumkan melalui Twitter bahawa ia telah mengidap penyakit paru-paru obstruktif kronis (COPD), sebuah penyakit paru-paru yang progresif serupa dengan empisema dan bronkitis kronis.
Dia jadi tumpuan ramai kerana wataknya sebagai Mr. Spock iaitu separuh manusia dan vulcan. Selepas popular dengan Star Trek, beliau ditawarkan untuk membintangi drama bersiri terbaru Mission Impossible.
Nimoy juga pernah menghasilkan buku puisi dan cerita kanak-kanak. Dilahirkan di Boston, beliau berkahwin dengan Sandra Zober dan mempunyai dua anak iaitu Julie dan Adam. Selepas bercerai pada 1988, dia berkahwin dengan eksekutif filem terkemuka, Susan Bay.
Di bawah ini adalah tweet terakhir oleh Nimoy yang berbunyi:
“Hidup bagaikan kebun. Momen-momen sempurna bisa terjadi, tapi tak dapat bertahan selamanya, kecuali dalam ingatan.”
Presiden Obama yang juga adalah penggemar Mr Spock, menyampaikan ucapan belasungkawanya melalui pernyataan Gedung Putih. Obama pernah bertemu dengan Nimoy pada tahun 2007, di mana ia menyapa Nimoy dengan isyarat Vulcan. “I loved Spock,” ujar Obama.