Terkejut Budiey bila baca berita di Portal Mstar pada pagi tadi, tak sangka pula pelakon bernama Siti Fazurina kahwin lari dengan kekasihnya, Haikal. Paling Budiey rasa kasihan apabila Fazurina tidak bertemu langsung dengan ibunya untuk mendapat restu. Sekaligus berita ini mengingatkan Budiey dengan tragedi yang sama berlaku kepada keluarga pelakon Rita Rudaini semasa beliau berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal beberapa tahun sudah.
Pasti ramai yang nak tahu gambar suami Fazurina, gambar kahwin Fazurina dan juga ramai yang nak tengok gambar terkini Fazurina, kan? Budiey dengar Fazurina kini dah bertudung.
Fazurina kini dah bertudung
[dropcap]P[/dropcap]elakon drama bersiri Trilogi Cinta ini dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.
[pullquote align=”right”]Paling Budiey rasa kasihan apabila Fazurina tidak bertemu langsung dengan ibunya untuk mendapat restu.[/pullquote]
Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.
“Fazurina langsung tidak memaklumkan mengenai perkahwinan tersebut kepada keluarganya malah telah menghilangkan diri selama sebulan tanpa khabar berita. Kami sangat terkejut dan kecewa dengan tindakannya yang membelakangkan keluarga terutama ibunya.”
Dalam pada itu, sumber memberitahu, pihak keluarga perempuan ada menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu yang menjadi saksi pernikahan bagi memaklumkan majlis berkenaan.
Malah dalam SMS tersebut, individu itu meminta supaya ibu Fazurina bersabar dan reda dengan perkahwinan yang dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga itu.
“Jika benar mereka ingin berkahwin mengapa tidak berjumpa dengan ibunya untuk meminta restu. Ibunya sangat kecewa dengan tindakan Fazurina bernikah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Malah pihak kami tidak mengenali dan berjumpa keluarga pihak lelaki.”
Sementara itu, usaha mStar Online untuk menghubungi Fazurina bagi mendapatkan penjelasan gagal kerana dia mungkin masih mahu merahsiakan majlis itu.
Gambar di atas ini bukan gambar Fazurina dengan suaminya. Ini adalah gambar semasa Siti Fazurina berlakon bersama pelakon Rusdi Ramli dalam sebuah drama. 🙂