Maria Farida – antara pelakon seksi, cantik menawan yang membintangi dua buah filem yang ditayangkan dalam masa terdekat ini iaitu Jalang dan Senario The Movie Episode 2 Beach Boys.
Filem jalang akan ditayangkan pada 26 November ini, manakala Senario The Movie Episode 2 Beach Boys telah ditayangkan mulai 16 November 2009 lalu.
Gambar ini diambil ketika pelakon yang agak marah apabila digossipkan pernah makan malam dengan anak VIP in hadir di Majlis Pra Tonton Filem Senario The Movie Episode 2 Beach Boys. Walaupun dah menjangkau usia 40 tahun, namun Maria Farida nampak muda dan masih mantap. Apa tips kecantikan yang pelakon ini pakai?
Maria Farida yang sudah 10 tahun menjanda, cukup marah dan kecewa dengan cerita yang keluar di Internet tidak lama dulu yang mengatakan beliau hanya keluar dengan lelaki yang berpangkat VIP saja.
“Tolonglah hentikan cakap buruk tentang saya. Saya tidak pernah tetapkan standard lelaki macam mana yang boleh dekati saya. Malah, bekas kekasih saya sebelum ini juga hanya orang biasa. Lagipun saya tiada masa untuk ada skandal dengan golongan tersebut apatah lagi dengan jadual saya yang memang sibuk,”
Dan satu lagi… baru Budiey perasan… kebanyakan lakonan yang diberikan kepada Maria Farida adalah watak penggoda dan perempuan jahat. Mmm… tapi rasanya sudah tiba Maria diberi watak ibu atau Mak Datin pula.