[dropcap]H[/dropcap]ari ini adalah hari pertama kita bernafas di tahun 2013. Selamat tahun baru buat semua pembaca budiey.com. Apa azam tahun baru anda?
Tahun 2013 ini, beberapa event besar berskala mega menanti Budiey. Selain akan menganjurkan Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-6 pada bulan ini, Budiey turut terlibat dalam mempromosikan dua event besar sebagai Official Blogger untuk Anugerah & Festival Filem Asia Antarabangsa 2013 #AIFFA2013 pada 28 – 30 Mac 2013 dan juga Official Blogger untuk Konsert Anuar Zain 3 Dekad pada 16 Februari 2013.
[pullquote align=”right”]Satu permulaan yang baik untuk tahun 2013 ini dan Budiey berazam akan lakukan sehabis baik. Wish me good luck ya.[/pullquote]
[dropcap]H[/dropcap]ari ini, berita hiburan Malaysia dihangatkan dengan penangkapan seorang artis wanita berimej seksi bersama teman lelakinya yang dikatakan positif dadah. Menurut Harian Metro, pelakon filem Anak Pontianak yang juga berkarier sebagai model berusia 26 tahun yang terkenal dengan pelbagai kontroversi ini ditahan polis selepas didapati memiliki dadah di sebuah kondominium mewah di Damansara Damai jam 5.30 petang kelmarin.
Budiey kira, melalui klu atau petunjuk yang diberikan, korang dah boleh agak siapa pelakon yang terlibat dengan kes ini. Apa-apa pun, biarlah pihak berkuasa dan undang-undang menyoal siasat tentang kes ini.
Pelakon kontroversi langsing ini ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama kekasihnya, seorang pengganggur yang juga berusia 26 tahun, kerana memiliki dua pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.
Menurut sumber, pasukan polis menyerbu rumah pelakon ini selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah. Pada mulanya, mereka enggan bekerjasama apabila tidak mahu buka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai polis mengetuk pintu, pelakon ini membuka pintu tapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.
Selepas beberapa lama menunggu, polis terpaksa memecah masuk melalui pintu depan dan melakukan pemeriksaan. Polis menemui seorang lelaki dalam bilik tidur, manakala pelakon wanita terbabit bersembunyi dalam bilik lain.
[pullquote]Semasa memeriksa pada bahagian badan, polis tak menemui apa-apa. Namun, selepas menggeledah rumah itu, polis menemui dua pil dalam bungkusan aluminium.[/pullquote]
Pasangan ini menjalani ujian saringan awal dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.
Sebelum ini, pelakon wanita ini pernah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalami ujian saringan air kencing dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lalu.
Pelakon seksi ini juga telah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya dan mengaku mengambil dadah jenis syabu dalam operasi yang disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat selebriti lain dan kita semua agar menjauhi dadah. Bila dah terkena, barulah menyesal. Tapi Budiey lihat, pelakon ni memang tak serik-serik. Apa nak jadi daa…
Sekali lagi selamat tahun baru 2013 untuk pembaca sekalian.