LOS ANGELES: Pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat membunuh diri, kata polis semalam. Bedah siasat dijangka akan dijalankan pada 12 Ogos.
Menurut kenyataan Jabatan Sheriff Wilayah Marin, pemenang anugerah Oscar berusia 63 tahun itu ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.
“Pada masa ini, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya adalah bunuh diri akibat asfiksia (lemas & sesak nafas),” menurut kenyataan itu.
Pelakon Hollywood ini mati diusia 63 tahun dan sebelum ini beliau pernah menjalani pemulihan gara-gara penggunaan dadah dan mengalami depressi.
Pemenang Oscar ditemui mati di rumahnya selepas Pejabat Marin County Coroner menerima 911 yang dibuat dari rumah beliau pada petang Isnin. Beliau ditemui tidak bernafas apabila paramedik tiba, dan disahkan mati pada jam 12:02 PM.
Kali terakhir, Williams dilihat bersama isterinya pada malam Ahad.
You touched our lives in so many ways. To one of the greatest comedians of all time, you will be greatly missed. #RIPRobinWilliams