Selepas mendakwa hidupnya tidak habis-habis diganggu seseorang, pelakon Nonny Nadirah kali ini merayu agar belenggu sihir yang menghantui hidupnya ditarik balik.
Pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin, 34, itu berharap boleh pulih dan melepaskan kesengsaraan ditanggung, namun sejak tiga tahun lalu tiada sesiapa dapat membantunya.
“Pergi berubat cakap tak sakit, tiada sesiapa yang dapat menolong. Terhalang, dibiar sakit seorang-seorang.”
“Tiga tahun hanya dapat halusinasi buruk dari kamu. Aku merayu secara terang-terangan, tolong hilangkan gangguan ini,” tulisnya menerusi Instagram Story.
Bekas peserta Akademi Fantasia musim lima itu juga mendedahkan pelaku mempunyai hasad dengki yang tidak berkesudahan kerana sanggup menyeksa orang lain.
Nonny turut berharap agar individu yang menjalankan kerja khurafat itu dapat menemui pintu taubat atau segala ilmu hitam tersebut kembali kepada pelaku.
Pelakon Luka Di Hati Diya itu sebelum ini berkongsi tentang individu yang sering masuk campur urusan peribadinya, termasuk ketika dia memilih untuk kembali tidak bertudung.
Sebelum ini, anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu pernah memberi bayangan gangguan sihir antara punca dia hilang dari industri hiburan