Setelah bernikah selama lima tahun, pelakon Noniswara (Nonis), 44 dan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, akhirnya bercerai secara taklik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, sekitar jam 10 pagi tadi.
[dropcap]M[/dropcap]enurut peguam yang mewakili Nonis, Datuk Amli Embong, keputusan dibuat oleh Hakim Umamuddin Yunus di dalam kamar hakim berdasarkan keterangan plantif (Nonis), saksi-saksi dan penghujahan Syariah. Selain itu Nonis telah membayar sebanyak RM10 kepada hakim sebagai syarat dalam lafaz taklik disebabkan ketidakhadiran pihak defenden (Rosman) ke mahkamah hari ini.
Mahkamah mensabitkan keputusan dengan talak khul’I (tebus talak) dan memerintah Nonis beredah tiga kali suci bermula hari ini.
Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, memfailkan permohonan cerai taklik permohonan cerai pada 9 Mei lalu berikutan usaha untuk menyerahkan saman permohonan cerai secara baik kepada suaminya gagal.
Sebelum ini aktres yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memfailkan tuntutan cerai terhadap Rosman pada Februari lalu. Bagaimanapun Rosman tidak pernah memberi kerjasama dan gagal hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali.
Dalam pada itu Nonis ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau berasa lega walaupun sedih dengan perceraian ini. Dengan nada sebak, Noniswara kata:
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya semua sudah selesai. Saya berasa lega kerana selepas beberapa bulan saya berdepan dengan masalah ini. Selepas ini saya dapat meneruskan kehidupan baru saya dan anak saya. Soal tuntutan akan dibincang kemudian kerana bukan itu yang saya mahukan. Saya mahukan kebebasan, kebahagiaan dan kedamaian.”
Pasangan itu bernikah pada 31 Julai 2009 dan majlis resepsi perkahwinan diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square.
Noniswara mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.