Nisha atau nama sebenar Nik Shahri’ah Nik Dir berkata mereka tidak mahu menunggu lama untuk disatukan dan bersyukur pernikahan berjalan lancar.
“Selepas beberapa bulan bercinta, kami terus mengambil keputusan untuk bernikah. Lagipun, keluarga kedua belah pihak mahu kami percepatkan nikah.
“Asalnya kami rancang adakan majlis merisik dan bertunang. Tapi, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami batalkan hasrat itu. Bagus juga, kami boleh nikah terus.
“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan. Syukur kedua belah keluarga bertungkus-lumus melancarkan persiapan perkahwinan kami,”
– Nisha Dirr
Berkongsi mengenai suaminya yang juga keturunan kerabat raja Selangor itu, Nisha tertarik dengan keperibadian dimilikinya.
“Saya kenal suami, melalui seorang kawan hampir setahun yang lalu. Suami seorang yang baik hati, memahami dan kacak di mata saya.
“Paling penting, keluarga merestui hubungan kami dan dia juga menerima saya dengan seadanya,”
– Nisha Dirr
Pasangan terbabit dinikahkan Pendaftar Nikah, Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid di Pejabat Agama Islam, Shah Alam, Selangor
Pada majlis pernikahannya, Nisha menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas lima.
Majlis resepsi pasangan itu berlangsung semalam di Dewan Forest Valley, Cheras yang diraikan keluarga dan kenalan rapat.
Sebelum ini Nisha pernah popular menerusi drama bersiri Spa Q, Waris Kasih, Gendola Cinta Di Venice, Cinta FB, dan banyak lagi.
Sumber: Harian Metro