Pelakon yang terkenal menerusi drama Semua Salahku itu bagaimanapun bersyukur kerana PKP yang kini memasuki fasa pemulihan telah membuka semula peluang kepada dirinya untuk kembali bekerja.
“Pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan saya tiada tawaran berlakon selama lima bulan.
“Jadi saya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan,”
– Nafiz Muaz
Pemilik nama Muhd. Nafiz Muaz Mat Nasir, 23, itu memberitahu, dia bersyukur kerana perancangannya untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Diyana Omar, 28, yang juga ahli perniagaan tetap diteruskan, namun ditunda pada Disember ini.
“Insya-Allah, ikut perancangan, kami akan bergelar suami isteri pada Disember nanti, tetapi kalau ada masalah pada tarikh itu, ia mungkin ditunda pada Januari tahun hadapan.
“Saya mohon peminat mendoakan kelancaran majlis kami nanti. Hari bahagia itu memang sudah lama saya nantikan,”
– Nafiz Muaz
Jelas Nafiz, dia berazam untuk mengumpul semula wang untuk perbelanjaan perkahwinannya yang akan berlangsung kira-kira empat bulan lagi.
“Saya bersyukur keluarga Diyana amat memahami situasi saya pada ketika ini,”
– Nafiz Muaz
Berbicara lanjut mengenai bakal isterinya itu, Nafiz bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang wanita yang sangat memahami diri dan kerjaya seninya.
“Dia banyak memberi sokongan moral selain membantu mengubah diri saya menjadi individu yang lebih baik. Saya yakin dia akan menjadi isteri yang baik,”
– Nafiz Muaz
Terdahulu, kisah cinta pasangan itu bukan lagi rahsia apabila Nafiz kerap memuat naik gambarnya bersama Diyana di dalam akaun Instagramnya.
*Sumber: Kosmo!