Memetik Cik Bunga dari Utusan Online, bukan seorang wanita sahaja yang diperdaya, sebelum ini tunangnya pun jadi mangsa sehingga beribu duit dihabiskan. Pelakon itu didakwa berjanji untuk berkahwin namun ditinggalkan sahaja tunangnya begitu saja.
“Dengarnya, pelakon itu, selepas dah perhabiskan harta tunang, janji nak kahwin pun hanya tinggal janji. Dia tinggalkan wanita tersebut tanpa umumkan pun mengenai berita tak jadi kahwin itu kepada semua.
“Tup-tup,Cik Bunga dengar dan ternampak pun di media sosial yang si pelakon ini sedang bercinta pula dengan seorang selebriti,” tulis Cik Bunga.
Wanita baru dikenalinya itu seorang pengacara dan mungkin bakal jadi mangsa baru pelakon tersebut. Cik Bunga berkata, satu perangai yang orang sering ceritakan mengenai pelakon itu adalah dia tidak akan bercinta dengan wanita yang tidak berduit.
Pelakon tersebut berlakon tak semeriah mana dan hidupnya ditanggung oleh wanita menjadi kekasihnya yang tertipu dengan lelaki berkenaan.
Apa yang pasti kasihan dengan wanita yang menjadi mangsa. Agaknya siapa pelakon tersebut ya?