in , ,

Pelakon Kontroversi Hafidz Roshdi Sah Nikah Dengan Athira Yuhada

Pelakon yang pernah dikaitkan dengan kontroversi rumahtangga, Hafidz Roshdi hari ini telah selamat bergelar suami kepada kekasih hatinya, Athira Yuhada.

HAFIDZ ROSHDI

Berita itu dikongsikan aktor ini sendiri menerusi satu hantaran bergambar di Instagram miliknya. Dalam hantaran yang sama, Hafidz berkongsi momen akad nikah di mana pasangan pengantin memakai sedondon serba putih.

Terdahulu, tersebar khabar angin mengatakan pasangan ini bakal berkahwin pada 16 Disember, Sabtu. Namun, Hafidz enggan memberi sebarang komen dan meminta media menunggu sekiranya ada berita gembira tersebut.

Untuk rekod, pelakon ini pernah berkahwin dengan Nurul Shuhada Shukri pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jodoh tidak panjang, mereka bercerai talak satu pada 27 Julai 2023 didakwa berpunca daripada sikap Hafidz yang berlaku curang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IBNOR RIZA

Ibnor Riza Masih Kritikal & Ditidurkan Selepas Pembedahan di Kepala

Samsung Galaxy Watch6 Dapat Bantu Jaga Diri Untuk Hidup Sihat