Budiey nak ucapkan tahniah buat pelakon Izreen Azminda kerana sudah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki, seberat 3.3 kilogram pada jam 1.30 pagi tadi. Ini adalah anak pertama kepada heroin filem Pecah yang cantik molek ini. Tahniah! Semoga anak yang dilahirkan sihat dan comel sentiasa.
[dropcap]B[/dropcap]erita mengenai kelahiran anak sulung Izreen ini disampaikan oleh suami Izreen, Muhamad Riza Baharudin melalui akaun Instagram Izreen lebih kurang jam 3.27 pagi.
Untuk pengetahuan semua, Izreen melangsungkan pernikahan bersama Muhamad Riza pada 30 Ogos tahun lalu. Nak juga tengok gambar anak Izreen Azminda, mesti comel. Harap Izreen Azminda dapat letak kat Instagram ya. Tak sabar Budiey nak tengok.