in

Pelakon Fast & The Furious Paul Walker Maut Nahas Jalan Raya

Pastinya, saat berita ini ditulis, seluruh peminat bintang Hollywood, Paul Walker berduka meratapi kehilangan yang besar dalam sekelip mata. Budiey juga terkejut mendengar khabar duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia dalam usia 40 tahun akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, utara Los Angeles, California pada Sabtu lalu, 30 November 2013.

Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan itu, Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya bernama Roger Rodas yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar pokok dan sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.

paul walker maut kereta gambar

Walker yang popular dengan watak Brian O’Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.

Walker akan muncul dalam sekuel terbaru Fast & Furious iaitu Fast 7 arahan pengarah kelahiran Malaysia, James Wan yang kini masih dalam pengambaran. Nampaknya, pengambaran filem yang akan ditayangkan pada bulan Julai 2014 ini akan tergendala dengan kejadian ngeri ini.

Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.

paul walker maut nahas kemalangan jalan raya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tambahan Penerbangan AirAsia Sempena Tahun Baru Cina 2013

The Entertainer An International Success Story