[dropcap]P[/dropcap]elakon remaja, Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman mendakwa dirinya ditipu ahli perniagaan bergelar Datuk yang kononnya ingin berbincang tentang hal pembelian kereta di sebuah hotel. Namun, Eina rasa tak puas hati dan rasa ditipu setelah perjumpaan dibuat, ahli perniagaan itu langsung tak bercakap mengenai kereta. Tapi benda yang lain pulak berlaku apabila Datuk itu telah menawarkan untuk membela Eina Azman dan cuba buat gangguan seksual. Laporan dari Harian Metro mengatakan, Eina Azman telah pun buat laporan polis tentang perkara yang melibatkan maruah pelakon ini.
KLIK VIDEO: Temubual Budiey Bersama Eina Azman
“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa sahaja, selain melakukan gangguan seksual ke atas diri saya.”
Kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam pada 8 Februari lalu, dua hari selepas itu, dia buat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit atas dakwaan menipu.
Sebelum ini, Eina Azman hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,000.
“Apabila dia kata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak dapat terima.”
Menurut Eina, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai tapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.
“Pada 3 Januari lalu, saya sempat mengampil kereta itu tapi selepas empat hari tapi saya hantar semula kerana ada masalah pada lampu depan. Sepatutnya, saya mahu menggunakan kereta baru itu untuk pengambaran muzik video lagu baru saya, Ku Bahagia Bersamanya. Tapi apabila menyemak nombor pendaftaran kereta itu, saya turut terkejut sebab kereta itu belum didaftarkan.”
Susualan kejadian di hotel itu, Eina mendakwa dia menceritakan segalanya kepada isteri ahli perniagaan itu tapi malangnya tidak diendahkan, malah dia masih gagal menghubungi Datuk terbabit sehingga sekarang.
“Saya percaya kereta saya masih berada dalam ruang pameran di kedai keretanya. Dia ada memberikan kereta lain untuk sementara waktu tapi kereta itu kerap rosak.”
Apabila rasa dirinya ditipu, Eina ditemani ibunya, Amy Roshaida Abdul Rafar telah buat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar pada 6 Februari lalu dan Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan itu.
Kepada yang tidak mengenali Eina Azman, beliau merupakan pelakon yang pegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan membintangi filem Ratu. Eina Azman juga adalah kawan rapat kepada Afiq Muiz.
Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat kita semua.
Gambar kredit: Budiey Dot Com