Kebanyakan selebriti tempatan lebih suka berdiam diri dan merahsiakan hubungan cinta mereka daripada pengetahuan umum. Bagaimanapun, pada zaman teknologi ini, setiap gerak-geri yang dikongsi dalam media sosial pantas memberi maklumat dan kesahihan sesuatu cerita itu.
Buktinya, kisah persahabatan antara penyanyi Kaka Azraff dan pelakon Che Puan Juliana Evans yang dikatakan sudah berkecai apabila masing-masing dilihat memuat naik kenyataan ke media sosial dan seolah-olah menggambarkan hubungan baik yang sudah lama dibina tidak dapat diselamatkan lagi.
Pelakon baru berdarah kacukan Melayu-Swiss yang berusia 25 tahun itu bagaimanapun menafikan menjalin cinta dengan Janna. Katanya sekadar kawan biasa je. Haiyo, klise! Tapi Budiey percaya je kalau Dini cakap dia berkawan biasa tapi rapat dengan Janna. Sebab perangai Janna ni giler-giler sikit. Kalau orang yang kenal Janna ni macamana. Haa, tahu la kan?
Beliau sebaliknya hanya Janna Nick sahaja kawan rapatnya sejak menceburkan diri dalam industri seni.
“Kami tidak bercinta tetapi agak rapat sebagai kawan. Jadi, Janna banyak memberikan nasihat kepada saya mengenai industri ini, tidak lebih daripada itu.
“Mungkin sikapnya yang mesra dan suka meninggalkan komen di Instagram saya menyebabkan gosip kami bercinta tu boleh timbul,”
– Dini Schatzmann
Dina dan Janna, 24, baru-baru ini dilihat duduk bersebelahan pada sebuah acara anugerah hiburan baru-baru ini.
Dini Schatzmann mengaku drama Bukan Cinta Aku membuatkannya lebih akrab dengan Janna yang banyak memberi nasihat.
Beliau turut menafikan percutian di Jepun dengan Janna berdua sahaja sebaliknya dengan sekumpulan rakan-rakannya demi mempromosi sebuah jenama syarikat penerbangan.
Kalau korang perasan, boleh dikatakan setiap gambar yang dimuat naik Dini tentu Janna meninggalkan komen berserta kapsyen yang ada kala memberi gambaran hubungan mereka semakin berbunga. Tapi sebenarnya mereka bukan bercinta.
Malah ketika menghadiri Anugerah MeleTOP Era 2019 baru-baru ini, mereka dilihat datang dan duduk bersebelahan.
Oh ya, mungkin ramai yang masih tak kenal dengan jejaka bernama Dini Schatzmann ni. Ayuh, Budiey perkenalkan.
Nama popular: Dini Schatzmann
Umur: 25 tahun (2019)
Asal: Pulau Pinang, Malaysia
Pendidikan: Ijazah bidang kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada
Pekerjaan: Pelakon
Media sosial: Instagram @dinischatzmann dan Twitter @dinischatzmann
Fakta Menarik Tentang Dini Schatzmann
1. Anak bongsu daripada dua beradik.
2. Beragama Islam, namun mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal daripada Pulau Pinang, manakala bapanya pula daripada Switzerland.
3. Menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa orang pengarah dan penerbit.
4. Tidak kesal mengikuti pengajian dalam kejuruteraan kerana menganggap ia demi memenuhi impian kedua orang tuanya.
5. Hanya selepas dua tahun berada dalam pengajian, Dini mula merasa jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni.
6. Atas azam untuk mencipta nama dalam karier itu, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar dan juga kelas bahasa Melayu.
7. Dini mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau mengakui kemahiran bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa kebangsaan itu.
8. Kemunculan pertama beliau dalam drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek mencetuskan fenomena, lantas menarik perhatian banyak pihak, termasuk peminat drama tempatan.
9. Dalam perkembangan terkini, Dini bakal tampil menerusi drama arahan Erma Fatima berjudul Bukan Cinta Aku yang akan menemui penonton di saluran TV3.
Sumber: Instagram