in , ,

Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia Ketika Tidur di Pulau Pinang

Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pagi tadi.

Berita sedih itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

“Saya nak maklumkan Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Pinang selepas isterinya cuba kejutkan dia tapi sudah tidak sedarkan diri,”

Difahamkan Allahyarham Badrul atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 55, tidak mengalami sebarang penyakit serius.

Badrul dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun menerusi perkahwinan kali kedua dengan bekas isterinya, Julia Daud.

Badrul juga baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati pada April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

Aida Aris Terdengar Jeritan Isteri Badrul Muhayat

Pelakon Aida Aris mendedahkan terdengar jeritan isteri Allahyarham Badrul Muhayat iaitu Norhayati Zulkapli daripada dalam bilik dan terkejut melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa.

Pagi tadi, saya terkejut bila mendengar jeritan Norhayati daripada dalam bilik.

“Secara kebetulan, kami menginap di homestay sama, jadi saya bergegas ke biliknya dan mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri.

“Kami cuba memberi bantuan pernafasan, tapi tiada respon dan kami segera memanggil ambulans,” katanya yang berada di Pulau Pinang kerana menyertai Karnival Uda di Jalan Baru Perai sejak semalam.

Aida berkata, kali terakhir berjumpa sebelum arwah masuk tidur, semalam.

“Saya tak perasan sebarang perubahan pada arwah. Dia pun nampak okay dan sihat sahaja.

“Arwah beritahu matanya mengantuk dan nak masuk tidur, malam tadi. Itu sahaja yang sempat kami bualkan sebelum arwah masuk bilik,” katanya kepada BH Online.

Difahamkan, jenazah arwah Badrul masih lagi berada di homestay dan isterinya kini masih berada di balai polis untuk membuat laporan.

“Setakat ini, kami masih menunggu Norhayati pulang dari balai polis.
“Jenazah masih berada di homestay, selepas itu barulah kita tahu keputusan bawa arwah ke mana,”

– Aida Aris

Jenazah Akan Dihantar ke Johor Bahru

Jenazah Allahyarham yang meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang, hari ini, akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru.

“Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Johor Bahru. Maaf, saya tidak boleh bercakap panjang kerana sedang membuat laporan di balai polis,”

Pemergian pelakon filem Harry Boy dan Azizah The Legend itu disedari Norhayati kira-kira jam 9 pagi selepas cuba mengejutkan Allahyarham untuk berniaga di Karnival Uda, Jalan Baru Perai, Pulau Pinang.

Sementara itu, pelakon Anne Abdullah yang mendapat berita pemergian Badrul melalui teman artis, Aida Aris yang berada di tempat kejadian.

“Saya difahamkan isteri arwah mengejutnya untuk bersiap-siap ke tapak karnival kerana berniaga di sana.

“Tapi, arwah tidak memberikan respon dan badannya juga didapati sejuk. Jadi, mereka memanggil ambulans dan Badrul disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Anne, keluarga Badrul sudah pun dimaklumkan mengenai pemergiannya dan meminta agar jenazah dibawa pulang ke Johor Bahru untuk dikebumikan.

Suami Aida Aris, Pelakon Zazly Baginda Cuba Beri Bantuan Pernafasan Kepada Badrul Muhayat

Aida Aris memberitahu Allahyarham Badrul Muhayat cuba diberi bantuan pernafasan oleh suaminya dan pelakon, Zazly Baginda sebelum menunggu ketibaan ambulans.

Bagaimanapun, menurut Aida, Badrul kelihatan sudah tidak lagi bernyawa ketika dikejutkan isterinya, Norhayati Zulkapli.

“Saya terkejut apabila mendengar jeritan Norhayati dari dalam bilik. Kebetulan kami menginap di homestay yang sama. Jadi, saya dan suami bergegas ke biliknya dan mendapati arwah sudah tidak sedarkan diri.

“Orang pertama yang beri bantuan pernafasan adalah Zazly, kemudian suami saya sementara menunggu ambulans.

“Melihat keadaan arwah pada waktu itu saya tak boleh nak sahkan sama ada dia sudah meninggal dunia atau tidak tapi dia memang sudah tidak bernyawa,” 

– Aida Aris

Menurut Aida, jenazah Badrul dibawa ke Hospital Sebarang Jaya, Pulau Pinang jam 2.55 petang hari ini.

“Polis baru saja membawa arwah ke hospital sebentar tadi. Saya dimaklumkan arwah bakal menjalani proses bedah siasat.

“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah tengah malam tadi kira-kira jam 12 tengah malam.

Waktu itu masing-masing sudah penat. Kebetulan saya berada di ruang tamu dan bertemu dengannya. Dia hanya beritahu dia penat dan sudah mengantuk,”

– Aida Aris

Beliau meninggalkan seorang balu, Norhayati yang baru dinikahi pada 18 April lalu.

Allahyarham Badrul memiliki dua cahaya mata, hasil perkahwinannya yang terdahulu masing-masing berusia 14 dan 16 tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAFIZ SUIP

Hafiz Suip Muncul Dengan Single Terbaharu Berjudul TERUS BERSINAR

Dugaan Berat Janna Nick di Tanah Suci Demi Lakonan Dalam SURAT DARI TUHAN