PELAKON baharu yang yang juga anak pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha dikenali Alya Iman mengaku pernah bertunang dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Februari lalu. Pengakuan berani Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 19, itu sekali gus menjawab segala dakwaan ‘kurang enak’ yang dibuat isteri ahli perniagaan itu di media sosial. Rata-rata netizen menuduh Alya Iman sebagai gold digger sebab menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang
Mengakui dakwaan tersebut adalah benar, Alya berkata dia dan individu berkenaan sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac lalu.
“Benar, pada jam 8 malam, tarikh 27 Februari lalu, saya sudah bertunang dengan seorang individu berusia 30 tahun yang statusnya berkahwin serta mempunyai dua orang anak. Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya pada 27 Februari lalu.
“Majlis pertunangan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat saya. Apapun, sebelum itu (bertunang) saya difahamkan bahawa isterinya sudah bersetuju dengan kehadiran saya untuk jadi isteri kedua.
“Bagaimanapun, pada Mac lalu saya akhirnya memutuskan pertunangan kami apabila mengetahui kewujudan saya tidak diketahui dan dipersetujui oleh isterinya,”
– Alya Iman
Menurut Alya lagi, segala hadiah yang berikan oleh bekas tunangnya itu sudah pun dipulangkan semula dan reda apabila hubungannya tidak bertahan lama dengan lelaki itu serta memohon maaf kepada pihak yang sudah terluka.
“Segala hadiah yang diberikannya kepada saya pun, sudah di pulangkan kerana saya rasa bersalah. Saya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa.
“Saya mohon doa, sokongan dan dokongan daripada semua pihak supaya perkara ini dapat saya tempuhi dengan baik.
Sesungguhnya, saya percaya apa yang berlaku sangat mematangkan diri ini. Justeru, saya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.
“Pada waktu ini, saya mahu meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik lagi,” katanya.
– Alya Iman
Pada Jumaat, isteri kepada seorang ahli perniagaan menerusi Instagram mendakwa suaminya berhubungan dengan pelakon baharu Alya Iman.
Wanita tersebut mendakwa sudah setahun suaminya menjalin hubungan sulit dengan pelakon drama Bukan Kahwin Paksa ini.
Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan kecaman terhadap dirinya, anak kepada pelakon legenda Azmil Mustapha ini berkata dia masih belum memikirkan tentang perkara itu.
“Buat masa ini belum lagi!
“Sesungguhnya Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka.
– Alya Iman
Isteri ahli perniagaan muat naik status dan perkongsian mengenai Alya di Instastory.
Sementara itu, akaun Instagram Alya turut dihujani dengan pelbagai komen kecaman daripada netizen.
Namun ada juga pengikut yang berpendapat tidak wajar hanya Alya dipersalahkan dalam hal ini kerana ia turut membabitkan pihak lelaki.
“Saya anti perampas suami orang, nak beritahu kifarah itu ada lambat atau cepat sahaja. Kalau betul ada jodoh tak perlu sampai nak rosakkan rumah tangga orang!
“Caras suami orang ke tu? Tapi kalau tak tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Yang lelaki pun dah ada isteri bawa-bawa insaf diri. Dua-dua salah tapi jangan salahkan satu pihak sahaja,”
– KOMEN NETIZEN
Terdahulu, anak perempuan Allahyarham Azmil yang cukup popular dengan filem Ali Setan itu didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang ahli perniagaan yang berstatus suami orang.
Dakwaan berkenaan dilakukan sendiri oleh isteri ahli perniagaan itu di platform media sosial hingga kisah mereka menjadi tular pada kalangan warganet.
Sebelum ini, Alya atau nama sebenar Nur Alya Iman Azmil turut menepis dakwaan yang mengatakan dirinya sekarang menjalin hubungan rapat dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak.
Sumber: Harian Metro