Hari ini, selang beberapa hari nak cuti Aidiladha, Budiey sangat pening. Macam-macam benda yang datang serentak. Tak termasuk pening dengan masalah peribadi. Pening dengan kontroversi selebriti. Pening nak update blog. Banyak sangat fakta dan auta yang datang masuk dalam kepala otak. Tak tahu yang mana satu nak dipercayai.Tak mana satu nak dicerna. Bingung.
Selain berita tentang Wawa Zainal berkahwin dengan Aeril Zafrel ketika bergelar tunangan orang, ada satu lagi berita yang Budiey terima pada hari ini. Tak pasti la korang nak percaya atau tidak tapi berita ini tapi Budiey pasti akan keluar dalam akhbar dan portal hiburan esok atau lusa.
Produksi AF2013 Buat Laporan Polis
[dropcap]M[/dropcap]elalui satu sumber, Budiey telah mendapat berita tentang salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2013 telah menerima ugutan bunuh. Wow, bunyi macam babak-babak drama je kan? Tapi jangan ingat ini satu gurauan atau gimik sebab apa yang Budiey dapat tahu, produksi AF 2013 telah buat laporan polis tentang hal ini pada hari Sabtu lalu, semalam, 13 Oktober 2013, apabila salah seorang daripada pelajar AF2013 diugut bunuh. Persoalannya sekarang, siapakah pelajar tersebut? Budiey tak dapat pastikan siapa. Sebelum ini, Budiey pernah dengar, Shuhaimi Baba Diugut Bunuh sebab Tanda Putera. Sekarang, kalau pelajar AF2013 pulak diugut bunuh sebab apa?
Budiey dikhabarkan, insiden ini adalah satu isu yang serius dan tidak dipandang mudah bagi Team Produksi AF dan perkara ini dalam siasatan polis sekarang ini. Laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian.
Budiey rasa ianya bukanlah gimik yang biasanya diada-adakan untuk menjadikan program ini hype atau kezutan AF2013. Tapi pastinya, Budiey rasa ianya satu berita tergempar pada petang Ahad ini untuk penonton dan pengikut setia program realiti ini.
Apa-apa pun kita tunggu sahaja siasatan dibuat oleh polis. Jadi, persoalan yang masih timbul sekarang ini, siapa yang buat ugutan dan siapakah pelajar AF2013 yang telah diancam atau diugut bunuh tu? Kenapa dia diugut bunuh? Macam-macam persoalan menerjah fikiran anda sekarang ni kan? Budiey rasa, soalan-soalan ini akan ditanya oleh wartawan bertauliah sejurus selepas Konsert Akademi Fantasia pada malam ini.
Semasa mengacara Konsert AF2013 malam ini, Budiey dengar juga Zizan Razak ada mengumumkan tentang perkara dan isu di mana ada pelajar AF2013 diugut bunuh. Budiey dah agak dari dulu lagi, pendedahan pelajar dengan media sosial yang ada pasti akan mengundang banyak kesan negatif dari positif. Banyak kebaikan dari kebaikannya. Bagi sesetengah orang, media sosial dijadikan sebagai satu platform untuk mereka mengutuk dan mencaci. Lebih teruk dari itu, media sosial dijadikan tempat untuk mereka buat ugutan.
Rasanya, ugutan ini tiada kena mengena dengan juri yang buat komen seperti mana yang Budiey baca di Twitter.
Korang dapat apa-apa info tak?