Pekin berkata kejadian berlaku di set penggambaran filem berjudul Cerana Biduk Bu Merah pada tahun 2018. Berang dengan tindakan kru itu dia bertindak memukul lelaki berkenaan.
“Waktu itu sekitar tahun 2018 ketika saya dan pembantu peribadi dalam perjalanan ke set penggambaran, tetapi kami patah balik ke inap desa selepas aktres muda itu mengadu diintip seseorang.
– Pekin Ibrahim
“Apa yang membuatkan saya lagi hilang sabar apabila individu tersebut turut membuat rakaman video serta cuba memadam bukti apabila kami bersemuka dengannya.
“Itu kali pertama saya belasah orang. Tak sangka sepanjang terbabit dalam arena seni sejak 2002, saya berhadapan kes seumpama itu,â€
Tambah Pekin lagi, selepas ditangkap melakukan perbuatan kurang sopan lelaki berkenaan sempat berpura-pura menawarkan diri untuk solat bersama.
“Sudahlah melakukan perkara tidak bermoral, dia sempat ‘menunggang agama’ dengan berpura-pura mengajak saya solat ketika saya tiba di tempat kejadian.
– Pekin Ibrahim
“Kes itu pun dah lama berlalu dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Saya cuma harap jadi pengajaran kepada semua,†Â