Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 menjadi lebih bermakna buat pelakon, Mona Allen apabila selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Puchong, Selangor, kira-kira jam 2.39 pagi tadi.
Berkongsikan berita gembira di Insta Story, Mona memaklumkan dia dan bayinya berada dalam keadaan baik.
Pemilik nama sebenar, Munna Hafiraneza Allen, 37, memaklumkan proses kelahiran bayi merdeka itu berlaku lancar tanpa sebarang komplikasi.
Lebih manis, pelakon itu melahirkan bayinya itu pada hari kemerdekaan hari ini tanggal 31 Ogos.
Terdahulu, ketika usia kandungan memasuki enam bulan, pelakon berusia 36 tahun itu berkongsi berita kehamilannya selepas empat tahun berusaha mendapatkan anak.
Mona turut berkongsi ikhtiar yang dilakukan dia dan suami, Pekin Ibrahim termasuk rawatan cara Islam, selain mengamalkan minum air kelapa bakar berserta doa.
Bayi berkenaan merupakan anak sulung Mona dan Pekin. Pasangan suami isteri tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.