Di Maxis, ada beberapa perkara yang berlaku secara tiba-tiba. Hanya tiga hari yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, membuat pengumuman kepada kakitangan bahawa terdapat kejutan untuk semua. Apa yang mereka perlu lakukan ialah datang bekerja pada hari Khamis, 17 Disember, bersedia untuk bercuti di pantai, yang bermakna berpakaian yang sesuai, mempunyai pasport yang sah, dan membawa beg pakaian yang penuh!
Pada hari itu, kakitangan di Menara Maxis berkumpul di luar KLCC menanti pengumuman tersebut. Dengan tujuh kotak yang mengandungi nama-nama semua kakitangan Maxis dari pelbagai kawasan – Menara Maxis, Sentral, Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur – semua kakitangan bersorak apabila Morten memilih pemenang secara rawak untuk perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk dua orang ke Bali. Semua sekali terdapat 13 pemenang bertuah.
Kakitangan yang berada di lokasi lain mendapat panggilan peribadi daripada Morten untuk mengetahui kejutan besar itu.
“Saya rasa ia adalah menyeronokkan untuk mempunyai impian dan hari ini kami menawarkan impian untuk kakitangan. Semua di Maxis mempunyai peluang untuk pergi ke Bali selama 3 hari di sebuah resort mewah, dan kita memilih 10 nama yang akan pergi terus ke lapangan terbang dengan rakan-rakan mereka. Kadang-kala, impian adalah impian semata-mata, tetapi ada impian yang menjadi realiti! Kami akan melakukan lebih lagi kejutan-kejutan seperti ini pada tahun depan,” kata Morten.
Para pemenang jelas teruja dengan kejutan besar mereka.
“Saya tidak menjangka menjadi salah seorang pemenang bertuah antara beribu-ribu. Ini adalah hebat sekali! Terima kasih kasih banyak-banyak,” kata Daryl Jude Narayanan dari bahagian Perniagaan Pengguna.
“Saya berasa hebat kerana saya tidak pernah bernasib baik dalam cabutan bertuah! Terima kasih Maxis,” kata seorang teruja Lim May Ling daripada bahagian Internal Audit.
Satu lagi pemenang cabutan bertuah kali pertama, Andrianna Hani Binti Hussein dari bahagian Enterprise, berkata “Saya berasa sangat gembira dan terkejut kerana dipilih!”
Kugenesweran Kalimuthu dari bahagian Perkhidmatan Korporat, yang sama-sama gembira.
“Saya tidak percaya bahawa saya mendapat peluang ini untuk pergi ke Bali dan saya amat teruja. Terima kasih!”