Meskipun berdepan dengan fitnah tidak benar dengan situasi yang terjadi, telefilem diberi tajuk ‘Kita Merdeka’memaparkan cabaran barisan petugas hadapan dan rakat Malaysia sendiri berhadapan dengan wabak Covid-19, disiarkan pada Selasa, 15 September ini, pukul 9.30 malam di TV2.
Telefilem ini dibintangi pelakon utama Azlee Khairi, Elisya Sandha, dan Fadlan Hazim, selain turut dibantu oleh pelakon berpengalaman lain termasuklah Amy Mastura, Riezman Khuzaimi, Rahim Omar, Shiela Mambo, Wilma Muhammad, Keith Foo, dan Izzendr.
Ternyata “Kita Merdeka” merupakan telefilem tanda penghargaan buat petugas barisan hadapan di negara ini termasuklah mereka yang bekerja dalam perkhidmatan dan produk penting.
Secara ringkas kisahnya tentang watak utama bernama Luq yang dinaikkan pangkat dari seorang penyelia kepada pengurus pasaran AEON. Dalam kegembiraan untuk meraikan kejayaan ini bersama ahli keluarganya.
Malangnya hasrat Luq untuk pulang ke kampung terbatas apabila kerajaan Malaysia mengumumkan PKP untuk menangani penularan wabak Covid-19. Dia terpaksa tinggal berjauhan daripada keluarga tersayang di samping perlu bertugas sepanjang tempoh PKP meskipun orang lain berpeluang cuti di rumah demi memastikan keselamatan sendiri.
Pada masa sama Luq yang masih dalam tempoh membiasakan diri dengan tugasan baharunya berdepan dengan pelbagai cabaran yang tidak diduga kerana Pasaraya AEON tidak terkecuali dengan industri keperluan.
Selain memastikan keperluan barangan asas cukup, Luq juga perlu menyakinkan pekerja-pekerja supaya tidak panik dan kekal selamat untuk berurusan dengan pelanggan. Lalu apakah kesudahannya?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.