Terbaru, pelakon berusia 29 tahun itu bakal muncul dalam telefilem berjudul Penunggang Agama dengan memegang watak sebagai wanita yang kuat pegangan agama.
Menurut laporan Gempak, dia berkata dalam telefilem itu terdapat babak membaca dan mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.
Belajar Mengaji Dengan Baik
Justeru bagi menghayati karakter yang diberi, Azira sentiasa melakukan persiapan diri dengan ilmu agama terutama memperbaiki bacaan al-Quran.
“Bagi saya, watak dalam telefilem ini sangat mencabar kerana saya perlu betul-betul belajar mengenai karakter seorang wanita yang kuat agama…â€
“Terdapat babak di mana saya perlu mengajar budak-budak membaca al-Quran, jadi, saya perlu tahu membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.
Ia memang mencabar, apa yang pasti, jalan ceritanya sangat menarik, jelas dan mudah difahami…â€
– Azira Shafinaz
Kena Hafal Surah
Tambah Azira, watak tersebut juga memerlukan dia untuk menghafal beberapa surah al-Quran. Bagi memastikan bacaannya tepat, dia banyak bertanya kepada yang mahir berkenaan hukum tajwid.
“Saya diberi beberapa surah untuk dihafal sendiri, dalam proses menghafal itu, saya banyak bertanya kepada yang mahir membaca al-Quran kerana saya bukanlah hebat mengetahui hukum-hukum tajwid dan sebagainya….â€
“Di set penggambaran kami memang ada yang tahu hukum bacaan al-Quran, jadi saya banyak merujuk kepadanya…â€
– Azira Shafinaz
Turut membintangi telefilem itu adalah barisan pelakon hebat Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan dan Johan Asari, ia dijangka akan menemui peminat menerusi Astro First pada tahun hadapan.
Sumber:Â Gempak