in , ,

Pecah Rekod! Polis Evo 3 Raih Kutipan Lebih RM10 Juta Dalam Masa Tiga Hari

Filem Polis Evo 3 yang rancak dibualkan oleh warga maya ketika ini, berjaya memecahkan rekod selepas mengutip lebih RM10 juta dalam masa tiga hari tayangan di layar perak.

Berita gembira itu dimuat naik oleh TGV Cinemas di Facebook, memaklumkan sokongan yang diberi oleh orang awam sangat luar biasa kepada filem tersebut.

Poster filem yang turut dikepilkan dalam hantaran itu menampilkan watak antagonis atau ‘villain’ Polis Evo 3, Sharnaaz Ahmad yang berdiri memberi renungan tajam.

Pecah Rekod! Polis Evo 3 Raih Kutipan Lebih RM10 Juta Dalam Masa Tiga Hari

“Ini semua gila! Rakyat Malaysia memang gila!”

Untuk info, filem bergenre aksi tersebut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Nora Danish.

Turut sama membintanginya ialah Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Polis Evo 3

Filem tersebut mengisahkan kolaborasi dua anggota polis, iaitu Inspektor Kai dan Inspektor Sani di mana mereka mempunyai misi terbaharu untuk diselesaikan.

Pasukan itu juga turut disertai oleh Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell, yang dilaporkan mempunyai kepakaran yang berbeza.

Namun keadaan menjadi sukar apabila Inspektor Khai menjadi sasaran seterusnya dan dari situ persahabatan antara Inspektor Khai dan Sani diuji apabila suspek mempunyai kaitan dengan sasaran.

Sebelum ini, media melaporkan filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu menduduki tangga pertama di carta Top 10 GSC Malaysia selepas berjaya meraih kutipan sneak preview sebanyak RM1.3 juta pada 25 Mei lalu.

Difahamkan, filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu mendapat kutipan tertinggi mengalahkan filem antarabangsa.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3, Raja Jastina Raja Arshad berkata itu adalah satu permulaan yang baik.

Ujar Raja Jastina, kedudukan filem itu juga membuktikan bahawa peminat masih menunjuk minat dengan filem tempatan.

“Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton Malaysia, Singapura dan Brunei yang telah menonton filem ini.

“Terima kasih juga kepada rakan penerbit Skop Productions dan TGV Pictures, barisan pelakon serta semua yang berusaha keras dalam meletakkan kejayaan Polis Evo 3,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Khamis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! Kini Telah Ditayangkan di Astro First

POLIS EVO 3

Pecah Rekod Mat Kilau! Polis Evo 3 Raih RM16 Juta di Hari Ke 4 Tayangan