in ,

Dokumentari PAYUNG MAHKOTA, PEWARIS TAKHTA

Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Majalah & Dokumentari bakal menyiarkan sebuah dokumentari yang memaparkan Istiadat Pertabalan KDYMM Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah yang ke 29.

Menerusi dokumentari diberi tajuk “Payung Mahkota, Pewaris Takhta” diterbitkan oleh Mohd. Jasmaidy Mat Aroff ini, seluruh negara dapat berkongsi momen manis acara gilang-gemilang yang kali terakhir berlangsung 59 tahun yang lalu.

Dokumentari “Payung Mahkota, Pewaris Takhta” pada 28 Oktober di TV1

Menyaksikan istiadat yang penuh adat dan kedaulatan sultan kerajaan Melayu yang tertua, program ini disiarkan kepada penonton pada 28 Oktober ini, Ahad, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV1.

Kenali KDYMM Tuanku Sultan dan ikuti persiapan kerajaan negeri kedah seta rakyat jelata dalam persediaan istiadat pertabalan ini sepanjang 45 minit siarannya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GEGAR VAGANZA: Shafie Rio Tersingkir, Noryn Aziz Menang Tipis 

Jualan Buku Terbesar BIG BAD WOLF Kembali Disember Ini