Setelah berkolaberasi bersama Ismail Izzani untuk single terkahir ‘BERSERAH’, Zizan mendapat idea untuk merakam single ‘PAYUNG’ dengan memilih untuk berduet bersama Elizabeth Tan memandangkan mereka adalah watak utama di dalam filem ABANG LONG FADIL 3. Keserasian antara mereka membuatkan program rakaman lagu ini telah berjalan dengan lancar.
Mengenai pemilihan judul lagu ini yg di berikan nama ‘PAYUNG’, ia dilihamkan daripada kata bual jalanan yang bermaksud ‘TOLONG’ ataupun ‘BANTU’ mengikut seperti jalan cerita yang dipaparkan didalam filem tersebut.
Menurut Encik Feros Sayna, Ketua ROCKETFUEL ENTERTAINMENT berkata, “Ini adalah antara projek terbesar kami tahun ini kerana ia melibatkan 3 organisasi besar industri hiburan tanah air iaitu ROCKETFUEL ENTERTAINMENT, WARNER MUSIC MALAYSIA dan juga SKOP PRODUCTION SDN BHD serta disokong oleh Astro Shaw.â€
“Kami percaya lagu ini akan menjadi trending kerana jenama Abang Long Fadil telah menjadi sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia di samping ia mempunyai melodi yang kuatâ€, – tambah Encik Feros Sayna.
Di samping itu, pihak ROCKETFUEL dengan kerjasama ASTRO SHAW & radio nombor satu Malaysia, ERA telah mengadakan on air contest bertajuk ‘MENCARI ZIZAN ERA’ sejak 12 Julai 2022 lalu. Empat pemenang bertuah akan mendapat peluang muncul penggambaran muzik video ‘PAYUNG’. Para pemenang akan diumumkan sendiri oleh Zizan Razak secara live di radio ERA pada 10 Ogos 2022.
Komposer: John Jeevasingham (Faithful Music), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment), Omar K (World Peace Entertainment)
Penulis Lirik: John Jeevasingham (Faithful Music), Firdaus Rahmat (World Peace Entertainment), Omar K (World Peace Entertainment), Ariz
Terbitan: Omar K & John Jeevasingham
Susunan Muzik: John Jeevasingham
Mixing and Mastering: John Jeevasingham at Soar Studio
LIRIK LAGU PAYUNG
Chorus
Satu dua tiga lekuk
Semua aku ketuk
Karang kena letup, kan payah Satu dua tiga lekuk
Takkan lepas cangkuk
Karang kena cekup, kan susah
Verse 1
Langgar sini langgar sana Kerja sikit lebih masa,
Banyak benda kena payung Nak dapat sagu, pecah ruyung
Benda boleh perang, jangan runding You got beef? Aku ada serunding Tembak dulu, soal kemudian Nak lulus, tapi takut ujian
Verse 2
Abah kau! Suka-suka nak langgar
Kira langkah jangan sampai salah anggar
Sebut namaku bergegar satu bandar Jangan sampai kau hilang tiada tanda Banyak mulut busuk sudah aku payung Tapi kacang memang mudah lupa kulit Macam tikus lari dari kolong
Hilang pedoman bila diulit duit
Pre-Chorus
Buat baik, pada-pada Buat jahat, tunggulah
Post-Chorus
Jangan cakap aku tak payung Jangan cakap aku tak payung
Verse 3
Nakkan bulan dan matahari Yang hadir hanya si api-api Siapa sangka, sudah begini Andai tak turutkan rasa hati
Si kaki licik, yang bergeliga Buaya pun mampu diperdaya Putih dah bersalin merah roho Putik dah menjadi bunga loco
Ay ay mana posse?
Mana apit kanan? Mana apit kiri? Kata kita brother-brother sampai mati Biar aku sorang-sorang kamikaze
Bridge
Hempas pulas ku melangkah ke kiri Jadi jangan kau bilang sama
mama papa
(Pandai buat pandai cuci)
Jika kau tak mahu jatuh, boleh saja kau berteduh dengan ku
(Jaga-jaga dengan uji, setan dulu pernah suci)