in ,

Pawagam Tutup, Tayangan Filem MENCARI RAHMAT Terpaksa Ditunda Lagi

Filem Mencari Rahmat yang sepatutnya ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 31 Disember depan, terpaksa ditunda atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Penerbitnya, Zuli Ismail berkata, penundaan tarikh tayangan filem itu dibuat berikutan keputusan pawagam atau pemamer menutup sementara premis mulai 2 November lalu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.

Kami sudah menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang memaklumkan tarikh tayangan filem ini akan dijadualkan semula,” katanya.

Zuli berkata, setakat ini tarikh baharu tayangan masih belum diperoleh dan pihaknya akan berbincang mengenainya dengan lebih lanjut.

“Saya percaya ramai yang menantikan tayangan filem ini. Namun, ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dielak berdasarkan situasi sekarang.

“Sudah tentu kami harap penonton dapat bersabar sehingga filem ini ditayangkan di pawagam kelak,”

– Zuli Ismail

Ini kali kedua filem Mencari Rahmat ditunda tayangannya berikutan penularan COVID-19.

Mencari Rahmat menjalani penggambaran pada 2017. Filem ini dibintangi Namron, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Nadia Aqilah, Adibah Noor, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Filem diterbitkan AB Roll Sdn Bhd dan diarahkan Al Jafree Md Yusop ini diadaptasi daripada cerita asal The Importance of being Earnest by Oscar Wilde.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAMAL ADLI

Selalu Digosipkan Dengan Uqasha Senrose, Kamal Adli Bongkarkan Hubungan Sebenar

BTS Menang Besar Di MTV European Music Awards, Dynamite Dinobat Lagu Terbaik