Ramai yang telah mencuba cabaran ini dan tumpas kerana tersasul. Bila disebut laju memang boleh menyebabkan tersasul. Namun kalau kena gayanya boleh lepas cabaran 1 bas, 2 bas ini.
Sama seperti penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang turut menyahut cabaran untuk menyebut kiraan nombor ini dengan laju. Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok milik penyanyi ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra dengan nama Tokti menyebut kiraan tersebut dan berjaya tanpa tersasul.
Berikut adalah Tokti sahut cabaran 1 bas, 2 bas yang dikongsikan di Tiktok miliknya baru-baru ini:
Tokti sahut cabaran 1 bas, 2 bas ini pun sedap ya suara beliau. Perkongsian video ini telah meraih lebih 44 ribu likes dan ribuan komen yang memuji penyanyi tersebut. Berikut adalah komen yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut: