Menurut laporan yang disiarkan di Portal Gempak, Nelydia Senrose memberitahu perancangan untuk menamatkan zaman bujangnya terpaksa ditangguhkan dek kerana kekangan kerja.
Kekasih Nelydia bernama Hafiz itu merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur dan dibesarkan di Kuala Lumpu
“Sebenarnya, saya merencana untuk menamatkan zaman bujang tahun lalu. Namun begitu, perancangan terbabit tak menjadi dan terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kerja.
“Pada penghujung tahun pula, saya sudah sibuk dengan persiapan untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga dan berlepas ke Tanah Suci Mekah.
“Saya terfikir, mungkin juga masanya belum tiba, sebab itu perancangan terbabit tidak menjadi kenyataan.
“Ketika mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini, saya juga ada berdoa agak urusan perkahwinan saya dipermudahkan tahun ini. Insya-Allah, saya bakal meneruskan perancangan berkahwin pada tahun ini,”
– Nelydia Senrose
Beliau juga enggan mendedahkan tarikh yang dirancang untuk menamatkan zaman bujang dan akan berkongsi berita gembira sekiranya telah bersedia dengan persiapan akhir.
Kami di sini mendoakan yang terbaik bagi hubungan Nelydia dan Hafiz. Cepat-cepatlah ke jinjang pelamin ya. Kalau ada berita baik tu, jangan lupa jemput Budiey ya.
Sumber: Gempak