Sejak kebelakangan ini, rasanya mesti ramai yang terdengar mengenai daging perap ‘Harimau Menangis’ kan? Rasanya mesti ramai di kalangan anda pernah dengar mengenai daging perap ‘Harimau Menangis’ kan? Daging ni bukan daging harimau tau, tetapi ia adalah daging lembu. Daging lembu ni dinamakan Harimau Menangis mungkin sebab harimau akan menangis kalau tidak dapat bahagian daging ni. Bahagian daging ni dikatakan sangat sangat sangat sedap dan berlemak. Dikatakan nama Harimau Menangis ni timbul apabila harimau susah nak dapatkan bahagian daging ni sebab daging ni terletak di bahagian dada lembu dan di celah peha lembu dan harimau memang susah nak capai tempat tu.. ye la tangan harimau bukannya macam tangan kita.. dah la bahagian tu paling sedap..Harimau tu lak tak dapat nak gigit. Haa… Sebab tu la dinamakan Harimau Menangis..Kelakar tak?
Walaupun sudah lama berada di pasaran, namun daing harimau menangis ni semakin jadi viral dan disebut oleh penggemar makanan. Bahkan dah ramai stokis daripada jenama berlainan yang telah menjual produk ini di serata Malaysia.
Malah ibu Neelofa iaitu Noor Kartini turut dikenali sebagai ‘tauke’ kepada ‘Harimau Menangis’ ini dan saban hari berkongsi mengenai produk tersebut di laman Instagram miliknya. Dikhabarkan, Daging Harimau Menangis yang dikeluarkan oleh Kartini menerusi syarikatnya, Noor Khan Enterprise telah mengeluarkan hampir 10 ribu pek produk itu sejak mula berada di pasaran pada Ogos lalu.
Pun begitu, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba netizen mula berdebat mengenai isu daging ‘Harimau Menangis’ ini apabila usahawan tersebut dikatakan telah pun trademark nama produk itu sebagai miliknya baru-baru ini. Bahkan pemohonan di bawah nama Noor Kartini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) turut tersebar di serata media sosial.
Video tersebut mendapat reaksi berbagai-bagai dari netizen. Ada yang mengecam dan mempertikaikan tindakan Noor Kartini kerana nama ‘Harimau Menangis’ sudah lama digunakan oleh para peniaga di Malaysia.
Menerusi sebuah pendedahan yang dibuat oleh pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai @azrulhaqim, dia meluahkan rasa tidak puas hati berikutan nama produk makanan tersebut telah dipatenkan oleh Kartini memandangkan ianya merupakan sebuah menu dan nama yang sudah lama digunapakai.
Malah ada netizen yang berkongsi bahawa ‘Harimau Menangis’ sebenarnya ialah nama pada bahagian lembu dan sering digunakan dalam kalangan peniaga daging lantas tak sepatutnya pun dijadikan sebagai trademark.
Lebih menimbulkan kritikan ramai apabila Noor Kartini menerusi laman Instagram miliknya ada menyebut bahawa nama ‘Harimau Menangis’ kini adalah miliknya dan tidak boleh digunakan lagi oleh orang lain.
Selepas diteliti semula, segelintir netizen menjelaskan bahawa Noor Kartini hanya trademark gaya penulisan ‘Harimau Menangis’ itu dan nama tersebut masih boleh digunakan orang ramai.
Tak cukup dengan itu, ada netizen yang berkongsi bahawa semua masih boleh lagi membantah permohonan Noor Kartini tersebut kerana ianya masih lagi dalam proses dan belum lagi diluluskan.
“Kita boleh buat bantahan dari orang awam. Dia filekan ini baru bulan 11. Sila email ke myipo kalau betul-betul serious tak nak tm ni register.
Normally TM akan siap in 6 months. Now dah 4 months. Maybe nak call diorang tak kerja dah esok, so email saja.Cari kat google myipo†tulis salah seorang pengguna.
Di sebalik perkongsian tersebut, terdapat segelintir pengguna bertindak mempertahankan Kartini yang mana mereka mendakwa ibu kepada selebriti itu hanya mempatenkan rekaan dan logo jenama tersebut pada bungkusan produknya.
“Rasanya nama tu tak boleh trademark, yang boleh trademark cuma stylize version bagi tulisan tu. Macam yang dia letak kat myIPO form dia. So orang still boleh guna, cuma bukan versi stylize yang sama. Macam jenama Bo55ku tu,”
– @shupadupa
‘Harimau Menangis’ Trending di Twitter
Perniagaan yang diusahakan oleh Noor Khan Enterprise milik Noor Kartini Noor Mohamed itu disifatkan keterlaluan oleh netizen berikutan sudah ramai peniaga dan usahawan lain yang menggunakan nama daging Harimau Menangis dalam produk mereka.
Malah, netizen dikenali @AzliAdzif juga memuat naik rakaman video berdurasi 37 saat memaparkan Noor Kartini sedang memasak daging berkenaan selain memberitahu pihaknya sudah mendaftar trademark Harimau Menangis.
“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan Harimau Menangis,†katanya dalam rakaman yang telah ditonton lebih 677,200 tontonan sejak Rabu.
Difahamkan, Noor Kartini mendaftarkan cap dagangan Harimau Menangis menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan keluarga berasal dari Kelantan itu.
Kata @azrulhaqim,”Nama daging Harimau Menangis ini sudah berzaman orang guna, dekat mak ini terus dia ‘trademark’ kan nama itu macam dia yang mula nama itu. Business tak business, sekarang musim Covid-19 kot. Ramai ‘small business owner’ cari makan buat daging ini”.
Warga maya kemudian sepakat membuat usul bantahan terhadap tindakan mendaftarkan cap dagangan jenama Harimau Menangis di laman web MyIPO.
@keemmazni telah memuat naik ciapan contoh bantahan cap dagangan tersebut yang mendapat sokongan ramai.
Ada juga netizen menjernihkan keadaan apabila mendakwa Noor Kartini hanya mendaftar logo grafik Harimau Menangis bukannya perkataan tersebut agar tidak disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ujar @shupadupa,”Rasanya nama tu tak boleh trademark, yang boleh trademark cuma stylize version bagi tulisan tu. Macam yang dia letak kat borang myIPO dia. Jadi orang masih boleh guna, cuma bukan versi ‘stylize’ yang sama. Macam jenama Bo55ku tu”.
Menerusi laman web MyIPO, paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu reka cipta sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.
Selain itu, cap dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.
Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya.
Isu Patenkan Harimau Menangis, Ini Penjelasan Ibu Neelofa
TINDAKAN ibu kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendaftar nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter.
Syarikat Noor Khan Enterprise milik Noor Kartini Noor Mohamed tampil memberikan penjelasan berhubung isu permohonan cap dagangan Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, syarikat itu memaklumkan bahawa permohonan tersebut dilakukan bagi melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produknya.
Menurut kenyataan syarikat itu, keputusan mendaftar rekaan pada ejaan itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya produk tiruan.
“Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada pihak kami dan pengguna di luar sana.
“Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai pembungkusan produk pihak yang kami pasarkan.
“Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat,†menurut kenyataan itu.
– Kenyataan Media Syarikat Noor Khan Enterprise
Pada masa sama, syarikat kepunyaan ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor turut memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial pada Selasa.
Pada Rabu, isu berhubung nama daging Harimau Menangis telah menjadi trending di Twitter susulan tularnya video berdurasi 37 saat memaparkan Noor Kartini sedang memasak daging berkenaan selain memberitahu pihaknya sudah mendaftar untuk mempatenkan trademark Harimau Menangis.
Ekoran itu, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama daging Harimau Menangis dalam produk mereka.
Hal ini membuatkan orang ramai mulai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu ‘membunuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.
Perkara tersebut membuatkan warganet bengang susulan video terbabit dibuat dalam keadaan gelak ketawa dan seolah-olah meminta orang lain yang mengeluarkan produk seperti itu menggunakan nama lain dan bukan lagi Daging Harimau Menangis.
Menerusi laman web MyIPO, paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu reka cipta sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baharu atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.
Selain itu, cap dagangan membawa maksud apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.
Video Penjelasan dari Noor Kartini Terima Kritikan Netizen
Hari ini tular di media sosial mengenai ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini selepas netizen mendakwa beliau telah membuat permohanan ‘trademark’ Daging Harimau Menangis sebagai nama produknya.
Perkara itu membuat warganet berang kerana nama Daging Harimau Menangis telah lama wujud yang digunakan peniaga-peniaga lain selain menyifatkan tindakan tersebut adalah mementingkan diri sendiri.
Berikutan itu, Noor Kartini memuat naik satu video di laman Instagram miliknya bagi menjelaskan isu hangat tersebut namun video berkenaan telah dipadam beberapa minit selepas dikongsi.
Menerusi video tersebut, beliau memohon maaf secara terbuka dengan apa yang diperkatakan seperti di dalam video sebelum ini.
Tambahnya lagi, beliau akan lebih berhati-hati selepas ini dalam setiap pertuturan yang disampaikan di media sosial dan berharap agar isu ini tidak dipanjangkan di masa hadapan.
“Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf kepada anda semua di atas kata-kata saya tentang daging harimau menangis.Â
“InsyaAllah di masa hadapan saya lebih berhati-hati lagi dengan kata-kata saya dan menjadi seorang muslimah yang lebih baik. InsyaAllah,â€
– Noor Kartini
Akaun rasmi Instagram bisnesnya turut memuat naik kenyataan rasmi daripada pihak syarikat untuk menjelaskan mengenai ‘trademark’ tersebut.
Menerusi kenyataan itu, pihak mereka mengatakan permohanan ‘trademark’ yang dimaksudkan adalah berkaitan pengayaan, kod warna dan perkataan ‘harimau menangis’ di bungkusan produk.
Menurutnya, hal ini kerana bertujuaan untuk mengelakkan sebarang penipuan dan mengekalkan keaslian produk makanannya itu.
Bagaimanapun, penjelasan tersebut masih mendapat kecaman netizen yang seakan-akan tetap tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan.
Diharapkan pihak syarikat termasuk keluarga Noor Kartini boleh mengambil isu yang berlaku ini sebagai pengajaran di masa hadapan supaya lebih peka dengan setiap pertuturan yang disampaikan.
Harimau Menangis Belum Jadi Hak Eksklusif Noor Kartini
Permohonan cap dagangan jenama Harimau Menangis oleh usahawan, Noor Kartini Noor Mohamed masih belum diluluskan.
Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Datuk Mohd Roslan Mahayudin menjelaskan, nama Harimau Menangis tidak boleh menjadi hak eksklusif syarikat Noor Khan Enterprise milik usahawan berkenaan buat masa ini kerana masih dalam peringkat pemeriksaan.
Beliau berkata, pihaknya baharu menerima permohonan daripada usahawan itu untuk mendaftarkan jenama berkenaan pada November lalu,
“Permohonan beliau sama ada diluluskan atau tidak bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO.
“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa bahawa jenama Harimau Menangis telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau.
“MyIPO akan memproses permohonan beliau seperti biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
– Datuk Mohd Roslan Mahayudin
Mohd Roslan berkata, pihaknya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai kontroversi itu susulan tular di media sosial mengenai isu tersebut sejak Selasa.
Menurutnya, cap dagangan ertinya apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.
Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai terutama pemilik jenama disarankan untuk mendaftarkan cap dagangan mereka di MyIPO bagi melindungi jenama mereka daripada ditiru oleh pihak lain.
Antara lain, katanya, faedah mendaftar cap dagangan ialah mendapat hak eksklusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan perniagaan.
Menurutnya, pemilik cap dagangan berdaftar juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakannya tanpa kebenaran.
“Pemilik cap dagangan berdaftar juga boleh menjana pendapatan menerusi jenama yang didaftarkan dengan melesenkan jenama tersebut kepada pihak lain atau menerusi francais.
“Setiap pemfailan permohonan cap dagangan akan dikenakan fi sebanyak RM950 bagi setiap kelas untuk perlindungan selama 10 tahun serta boleh diperbaharui,” katanya.
– Datuk Mohd Roslan Mahayudin
Beliau berkata, orang ramai terutama peniaga disaran untuk mendapatkan infomasi mengenai cap dagangan yang boleh didaftarkan di laman sesawang www.myipo.gov.my.
“Ini termasuk semakan awal untuk memastikan jenama yang hendak didaftarkan memenuhi kriteria permohonan dan seterusnya mendaftar cap dagangan mereka di MyIPO,” katanya.
– Datuk Mohd Roslan Mahayudin
‘Nak Guna Resipi Saya, Guna lah, Tak Ada Trademark!’- Che Nom Dipuji
Sementara itu, seorang Youtuber Masakan terkenal di Malaysia, Che Nom memuatnaik sebuah tweet yang mendapat pujian dari ramai pengguna twitter. Che Nom menulis,
“Siapa nak guna resepi Che Nom buat meniaga, guna lah… Tak perlu minta halal minta izin pun.Takda trademark. InsyaAllah sama2 kita cari rezeki.â€
Gara-gara tweet ini, nama Che Nom terus trending di twitter. Ada yang menganggap kata-kata Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar ini sebagai sindiran terhadap isu trademarkdaging ‘Harimau Menangis’. Walaubagaimanapun, Che Nom tidak menyebut nama mana-mana pihak di dalam tweetnya.
“Kalau guna resepi Che Nom, nak gambar buat niaga untukk sticker ke banner ke apa.. ambik aja kat website tu.â€- tulisnya lagi.
Che Nom, seorang youtuber masakan yang bukan biasa biasa ya. Di salauran Youtube-nya, dia mempunyai hampir 1 juta subscribers  dan kesemua video masakannya telah mendapat lebih dari 96,825,111 tontonan sejak tahun 2013.
Cap dagangan Harimau Menangis belum lulus, Noor Kartini jangan dahului MyIPO
Ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed diminta tidak mendahului Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan selain menjadi hak ekslusif beliau.
Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, MyIPO menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu, dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.
“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau.
“Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,†katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas isu jenama Harimau Menangis keluaran Noor Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise.
Ujarnya, MyIPO akan memproses permohonan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.
Beliau menambah, cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain. -K! ONLINE